• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kamera iPhone jauh lebih popular berbanding Android

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:18 pm
  • 22/06/2023
  • Komen
Perbandingan Kamera: Samsung Galaxy S10 Lite vs. iPhone 11
Share on FacebookShare on Twitter

Satu pemerhatian telah dilakukan ke atas lebih 470 juta gambar yang telah dimuat naik di Flickr, salah satu platform pengehosan gambar terkenal. Didapati yang daripada 30 telefon pintar paling banyak memuat naik ke dalam Flickr, 24 daripadanya adalah iPhone pelbagai jenis.

iPhone 11
Galaxy S21 Ultra

iPhone yang paling banyak memuat naik adalah iPhone 11 dengan lebih 13 juta gambar, jauh meninggalkan pesaing Android terhampir iaitu Galaxy S21 Ultra yang mendatatkan hampir 1.8 juta.



Mungkin anda katakan yang pengguna Android memuat naik gambar ke Google Photo. Namun perlu diingatkan yang Apple juga ada iCloud, produk yang menyediakan fungsi yang sama dengan pesaing Androidnya itu.

Pixel 6 Pro

Dalam kalangan iPhone pula, model yang terbaharu bukanlah yang paling popular. Seperti yang dimaklumkan tadi, iPhone 11 mendahului carta dan ia adalah produk tahun 2019. iPhone kedua popular adalah yang iPhone 13 Pro yang ada kelebihan daripada segi kehadiran kamera telefoto berbanding iPhone 11 tadi.



Agak pelik melihat Pixel berada di kedudukan 26 apabila mereka terus menerus mempromosikan keupayaan kamera mereka sebagai lebih baik berbanding iPhone dalam siri sketsa video pendek yang kami laporkan sebelum ini. Tiada gunanya miliki kamera mantap kalau pengguna tidak angkat dan gunakannya.

Boleh gelak besar, sketsa pendek Google ini kongsikan kenapa Pixel lebih atas daripada iPhone

Tambah menarik, telefon paling popular dalam kalangan pemuat naik gambar di Flickr dari Malaysia bukanlah iPhone 11, sebaliknya iPhone SE. Tidaklah diketahui edisi yang mana, ia mungkin gabungan tiga iaitu versi 2016, 2019, dan 2022.

Sumber: SimpleGhar

Tags: androidflickriphonemobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Perbandingan Kamera: Samsung Galaxy S10 Lite vs. iPhone 11

Kamera iPhone jauh lebih popular berbanding Android

22 June 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER