• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selain pos barang, anda boleh cas EV di enam pejabat Pos Malaysia secara percuma bulan ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:10 pm
  • 22/06/2023
  • Komen
Selain pos barang, anda boleh cas EV di enam pejabat Pos Malaysia secara percuma bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat kurier nasional, Pos Malaysia hari ini telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Yinson GreenTech untuk menawarkan stesen pengecas EV di enam Pejabat Pos di Malaysia. Pengecas EV tersebut akan dikuasakan oleh rangkaian dan pengendali pengecasan EV terbesar di Malaysia iaitu ChargEV. Kesemua pengecas EV tersedia bermula hari ini dan boleh digunakan setiap hari dari 7 pagi hingga 11 malam.

Lokasi Pejabat Pos yang menerima pengecasan EV ini terletak di Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan juga Johor Bahru. Pemasangan pengecasan EV di lokasi yang disebutkan dilakukan secara berperingkat dan Pos Malaysia turut menyatakan akan memperluaskan rangkaiannya ke Pejabat Pos yang lain. Ini adalah untuk memudahkan pemilik EV mengakses pengecas EV serta menyokong peningkatan jumlah kenderaan elektrik di tanah air.



Setiap stesen pengecas akan menerima satu pengecas DC dengan output 40kW bersama dua nozel jenis CCS2. Berkaitan harga pengecasan, ia akan dikira berdasarkan kadar ChargEV iaitu RM1.20 per kW. Berita baiknya, Pos Malaysia menawarkan pengecasan EV secara percuma di kesemua Pejabat Pos yang tersedia sehingga 31 Jun ini.

Pemasangan pengecas EV ini adalah komitmen Pos Malaysia untuk memajukan penyelesaian mobiliti yang lestari dan melebarkan akses kepada sumber tenaga yang lestari. Lebih-lebih lagi, syarikat kurier nasional ini telah menggunakan lebih 40 motosikal elektrik untuk melakukan penghantaran surat dan bungkusan di seluruh Lembah Klang sebagai mencapai matlamat sifar bersih karbon. Selain itu, Pos Malaysia merancang untuk mengadakan lebih 200 motosikal elektrik dan 140 van elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang akhir 2023.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, “Kerjasama ini menandakan satu langkah besar dalam komitmen berterusan kami terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai pembekal pos dan kurier Malaysia, kami memikul tanggungjawab untuk mencipta laluan ke arah masa depan yang lebih lestari dan kami menyedari kepentingan menyepadukan kelestarian dalam setiap aspek operasi kami, serta memastikan warisan kami kekal untuk generasi akan datang.”

Eirik Barclay, Ketua Pegawai Eksekutif YGT berkata, “Berdasarkan aspirasi kami untuk membantu perniagaan beralih ke arah kelestarian, kami gembira dapat bekerjasama dengan Pos Malaysia dalam melancarkan stesen chargEV kami di seluruh lokasi terpilih. Ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian pengecasan komprehensif kami yang menawarkan pengguna EV dengan pengalaman yang mudah dan lancar semasa mereka menjalani kehidupan seharian, malah ia memberi manfaat kepada Pos Malaysia dengan mengurangkan jejak karbon mereka, justeru mengambil langkah pertama dalam memainkan peranan bagi mempercepatkan masa depan sifar bersih.”

Tags: chargevpos malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Selain pos barang, anda boleh cas EV di enam pejabat Pos Malaysia secara percuma bulan ini

Selain pos barang, anda boleh cas EV di enam pejabat Pos Malaysia secara percuma bulan ini

22 June 2023
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER