• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CeX tiba di Malaysia, kedai peranti dan game lebih murah dengan jaminan panjang

  • OLEH Najib
  • 10:45 am
  • 26/06/2023
  • Komen
CeX tiba di Malaysia, kedai peranti dan game lebih murah dengan  jaminan panjang
Share on FacebookShare on Twitter

Complete Entertainment Exchange atau “CeX” sudah tiba di Malaysia. Cawangan pertamanya di Malaysia telah dibuka di IOI City Mall, Putrajaya menawarkan pelbagai barangan konsol permainan elektronik dan barangan hiburan, pada harga lebih rendah daripada biasa.

Harga murah barangan di CeX dibawakan menerusi konsep jual beli barangan terpakai. CeX telah diasaskan di United Kingdom dan telah beroperasi selama 31 tahun, kini memiliki lebih 630 cawangan di 10 negara termasuk Sepanyol, Portugal, Mexico, Australia, dan India. Di Malaysia, CeX diuruskan oleh Nuovolife Sdn. Bhd dan mahu merevolusikan dunia pemainan elektronik di Malaysia.



CEO Nuovolife Sdn Bhd, Zyman Marzuki berkata, “Kami sangat teruja untuk membawa operasi CeX ke Malaysia. Sambutan di UK adalah sangat positif, dan kami percaya bahawa pasaran dinamik Malaysia memberikan peluang utama untuk CeX berkembang maju. Menggabungkan model perniagaan CeX yang terbukti dengan kepakaran tempatan kami yang mendalam dan pasukan berdedikasi di Nuovolife Sdn. Bhd., kami komited untuk membentuk semula landskap elektronik pengguna dan menyediakan pelanggan Malaysia dengan pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan.”

CeX Malaysia menyediakan pilihan barangan melebihi 10,000 SKU. Ia termasuk peralatan elektronik pengguna seperti telefon, tablet dan laptop, serta permainan video, perkakas, aksesori, kamera, audio dengan pilihan yang pelbagai. CeX juga mementingkan kepuasan pelanggan dan menyediakan pilihan yang boleh memudahkan pilihan pengguna dengan memberikan jaminan selama 2-tahun untuk semua produk mereka.



Orang ramai juga boleh melayari laman web mereka, my.webuy.com untuk melihat barangan yang dijual di CeX Malaysia. Antaranya terdapat iPhone 11 64GB berharga RM1,400, kad grafik GeForce GTX1050 Ti berharga RM250, jam pintar Huawei Watch GT 2 46mm berharga RM370 dan banyak lagi. Anda juga boleh menjual barangan elektronik kepada CeX, dengan mengunjungi cawangan mereka di IOI City Mall.

CeX Malaysia merancang untuk meluaskan lagi cawangan mereka di Lembah Klang pada tahun 2023, dan ke luar Lembah Klang pada 2026. Anda boleh melawat ke kedai CeX di alamat: L2-69, IOI City Mall Putrajaya, terletak bersebelahan GSC West Wing. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Tags: CeXComplete Entertainment Exchange
Najib

Najib

POPULAR

CeX tiba di Malaysia, kedai peranti dan game lebih murah dengan  jaminan panjang

CeX tiba di Malaysia, kedai peranti dan game lebih murah dengan jaminan panjang

26 June 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN