• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan

  • OLEH Najib
  • 2:19 pm
  • 26/06/2023
  • Komen
Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia merupakan jenama telefon pintar di bawah ZTE, yang turut menghasilkan telefon gaming popular, RedMagic. Baru-baru ini, Nubia telah melancarkan model baru telefon pintar yang digelarnya sebagai telefon gaming, iaitu Nubia Neo 5G.

Telefon baru ini telah dilancar di Thailand dengan harga di bawah RM1,000. Salah satu yang menyumbang kepada harganya yang rendah, adalah penggunaan cip keluaran Unisoc. Harga rasminya di Thailand adalah seperti berikut:



  • Nubia Neo 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – THB 6,999 (~RM930)

Spesifikasi Nubia Neo 5G

Cip yang digunakan sebagai penggerak utama pada Nubia Neo 5G adalah cip Unisoc T820. Pemproses 6nm ini menggabungkan 1-teras Cortex A76 2.7GHz, 3-teras Cortex A76 2.3GHz dan 4-teras Cortex A55 2.1GHz. Prestasinya dikatakan hampir menyamai cip Snapdragon 4 Gen 1 serta Mediatek Dimensity 820.

RAM jenis LPDDR4X digunakan di dalam, berkapasiti 8GB dan boleh diluaskan secara maya sebanyak 8GB lagi. Storan pula jenis UFS 2.2 seluas 256GB dan menerima kad mikroSD untuk menambah keluasan.



Skrin yang digunakan masih jenis LCD IPS, sebesar 6.6-inci dengan takuk kecil di dahi. Ia ada resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120hz. Baterinya hanya 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C.

Kamera hadapan 8MP terletak di dalam takuk kecil. Di belakang pula ada kamera utama 50MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Pengimbas capjari pula dipasang ke dalam butang kuasa.

Sebagai telefon yang ada gelaran gaming, Nubia memasang perisian “Game Space” seperti yang digunakan di RedMagic. Ia memberi fungsi tambahan untuk menjadikan pengalaman bermain game lebih baik seperti peningkatan prestasi, merakam skrin waktu bermain, serta ‘bypass charging’.

Nubia turut menggunakan rekaan yang unik untuk telefon ini. Terdapat lakaran futuristik menjadi hiasan di belakang, dalam dua warna pilihan antara hitam dan kuning. Adakah anda berminat jika ia dijual di Malaysia?

[Sumber: Gizmochina]

Bacaan Berkaitan

  • RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei
  • RedMagic 8 Pro akan dijual di Malaysia dengan diskaun RM800
  • [REVIU] RedMagic 7S Pro, telefon gaming paling sejuk menentang Asus ROG Phone 6 Pro
Tags: NubiaNubia Neo 5GZTE
Najib

Najib

POPULAR

Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan

Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan

26 June 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER