• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Odyssey OLED G9, monitor gaming flagship Samsung dibuka tempahan sehingga 9 Julai 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:28 pm
  • 26/06/2023
  • Komen
Odyssey OLED G9, monitor gaming flagship Samsung dibuka tempahan sehingga 9 Julai 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Para gamers di luar sana, bersiap sedialah untuk kedatangan monitor flagship Samsung Odyssey OLED G9. Diperkenalkan di CES 2023 awal tahun lalu, ini adlaah monitor gaming pertama di dunia dengan resolusi DQHD OLED. Tempahan awal untuk milikinya telahpun dibuka sehingga 9 Julai 2023 pada harga yang belum diumumkan. Jualannya akan bermula pada 10 Julai 2023. Antara promo tempahan awal yang bakal pembeli terima adalah e-baucar RM300 serta penjimatan sehingga RM2,000.

Berapakah ia akan dijual? Dalam pasaran Singapura, laptop yang sama dijual pada harga SGD3,399 ataupun RM11,740. Jadi anda bolehlah jangkakan harga sekitar itu sewaktu pelancarannya kelak.



Samsung Odyssey OLED G9 adalah sebuah monitor gaming jenis lebar bersaiz 49”. Ia sungguh lebar dengan nisbah paparan 32:9. Ia seperti anda letakkan dua monitor 16:9 sebelah menyebelah cumanya Odyssey OLED G9 hadir dalam satu unit, makanya tiada senggang kelihatan. Monitor ini melengkung pada kadar 1800R dan memiliki resolusi pada paras 1440p dengan kadar segar semula setinggi 240Hz.

Monitor ini dikuasakan sistem operasi TizenOS, bermakna anda boleh pasang pelbagai aplikasi penstriman untuk anda melayani kandungan kegemaran.



Tiada speaker tambahan diperlukan kerana ia sudah ada speaker stereo 5W. Kalau perlukan kualiti audio yang lebih mantap, port HDMI boleh digunakan untuk disambung kepada kelengkapan audio yang menyokong piawaian ARC. Lain-lain port I/O yang akan anda terima adalah seperti Display Port 1.4, mikro-HDMI, dan 2 USB-A.

Anda boleh layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

Tags: gamingmonitorsamsungsamsung odysseySamsung Odyssey OLED G9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Odyssey OLED G9, monitor gaming flagship Samsung dibuka tempahan sehingga 9 Julai 2023

Odyssey OLED G9, monitor gaming flagship Samsung dibuka tempahan sehingga 9 Julai 2023

26 June 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER