• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 28/06/2023
  • Komen
Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Airlines Group (MAG) yang mengoperasikan penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings akan menjadi penerbangan pertama membenarkan sambungan internet pintu-ke-pintu untuk penumpang, menurut Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Mulai 1 Julai 2023, penumpang penerbangan MAG boleh terus menggunakan peranti elektronik mudahalih (PED) sentiasa hidup sepanjang perjalanan, bermula dari menaiki pesawat sehinggalah meninggalkannya apabila tiba di destinasi.

Bermakna, penumpang tidak perlu lagi mematikan telefon pintar semasa pesawat berlepas dan mendarat mulai bulan hadapan.



Buat masa ini, penumpang masih lagi perlu mengikuti peraturan untuk mematikan peranti (PED) semasa berlepas dan mendarat. Ini termasuk telefon pintar, tablet dan sebarang peranti mudahalih kecil yang perlu disimpan di dalam poket di belakang kerusi. Dengan peraturan baru ini, peranti ini boleh terus digunakan selagi mana mod penerbangan diaktifkan di peranti. Jadi, penumpang boleh terus menonton kandungan yang telah dimuat turun, bermula dari pesawat berlepas sehinggalah ia mendarat.

WiFi Percuma untuk kelas Perniagaan

Malaysia Airlines turut mengumumkan bahawa mereka akan memyediakan WiFi percuma untuk semua penumpang kelas Perniagaan dan Suite Perniagaan, dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2023. Tawaran ini turut diberikan kepada ahli Enrich Platinum, tidak mengira kelas penerbangan mereka. WiFi percuma ini disediakan di 20 pesawat yang dipasang fungsi WiFi dan kelajuan sehingga 512kbps dan had kuota 100MB setiap sektor.



Semua penumpang juga boleh bersambung ke internet di dalam pesawat menerusi tawaran WiFi bayar-bila-guna, serta menikmati kandungan hiburan wayarles di dalam pesawat menggunakan perkhidmatan MHStudio berasaskan pelayar web.

CEO MAG, Ahmad Luqman Mod Azmi berkata, “Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan pengalaman perjalanan yang inovatif dengan meletakkan pelanggan di tahap tertinggi untuk segala perkara yang kami lakukan. Dengan mendayakan sambungan pintu-ke-pintu merentasi semua syarikat penerbangan kami, ia membolehkan penumpang kekal berhubung sepanjang perjalanan mereka bersama kami; sama ada untuk memastikan orang yang mereka sayangi sentiasa dimaklumkan semasa bergerak atau menyelesaikan beberapa kerja semasa penerbangan mereka. Sebagai sebahagian daripada strategi penyambungan kami, kami akan secara aktif mengembangkan bilangan pesawat kami yang dilengkapi dengan Wi-Fi untuk memberikan pengalaman dalam penerbangan yang lebih baik kepada pelanggan yang kami hargai. Dengan tumpuan pada keselamatan, keselesaan dan kemudahan, kami berdedikasi untuk menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses dan menyeronokkan untuk semua penumpang kami. Kami akan terus melabur dalam teknologi dan perkhidmatan yang inovatif untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah dan memberikan keselesaan kepada penumpang kami sebagai tetamu ke ‘rumah’ kami.”

MAG menyatakan, mereka akan terus mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna pada setiap tempat dan mencari inisiatif baru pada beberapa produk untuk menyegarkan semula pengalaman menyeleruh di dalam kabin. Ini termasuk memodenkan pengalaman di dalam pesawat, dari tempan duduk kepada hiburan dalam pesawat, sambil memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sebagai teras utama.

Kabin MAS Boeing 737 yang diperbaharui

Tahun lepas, Malaysia Airlines mula mengubahsuai semula ruang kabin pesawat Boeing 737 mereka, menggunakan kerusi yang lebih ringan tanpa skrin untuk hiburan dalam pesawat. Sebaliknya, semua kerusi dilengkapi tempat meletak peranti dan dua port, USB-A dan USB-C. Kabin Boeing 737 yang diperbaharui ini menyediakan 174 kerusi (12 kelas perniagaan, 162 kelas ekonomi), iaitu 14 kerusi lebih banyak berbanding dahulu.

Bacaan Berkaitan

  • Pesawat MAS 737-800 NG diperbaharui, skrin IFE dibuang dan kerusi ditukar lebih nipis
  • Malaysia Airlines mahu benarkan pramugari pakai tudung dan seragam selain kebaya?
  • MHflyPass ASEAN, pas terbang murah Malaysia Airlines di Asia Tenggara tanpa sekatan tarikh dan pelbagai keutamaan
Tags: FireflyMalaysia AirlinesMASwings
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines

Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines

28 June 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER