• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada benar jual barang terlarang atau penguatkuasaan yang lemah?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:42 pm
  • 03/07/2023
  • Komen
Lazada benar jual barang terlarang atau penguatkuasaan yang lemah?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda belum maklum, berdasarkan Akta Senjata 1960 (Akta 206), senjata BB adalah termasuk dalam produk yang diharamkan di Malaysia kerana memenuhi syarat-syarat dalam seksyen 36. Ia juga dilaran dijual di Lazada menurut senarai barangan larangan dan terkawal mereka.

Walau bagaimanapun, seperti yang dilaporkan The Star, ia masih boleh didapatkan di Lazada secara pembelian dalam talian.



Bagaimanakah ini berlaku?

Kalau anda perhatikan dengan lebih teliti, senaraian-senaraian pistol ini berada dalam pelbagai kategori. Ada yang berada dalam kategori hiasan ada juga yang berada dalam kategori permainan.



Berkemungkinan besar penjual menghantar permohonan senaraian yang sah, kemudian ditukarkan dengan barangan sebenar yang ingin dijual setelah senaraian diluluskan oleh Lazada.

Sekiranya ia benar, ia tetap bukan alasan yang kukuh untuk Lazada berikan kerana mereka sepatutnya ada kumpulan moderator yang akan menelusuri semua senaraian-senaraian yang berada dalam proses permohonan ataupun yang sudah disenaraikan.

Kalau Lazada mahu memudahkan kerja mereka sekalipun, fungsi menyunting semula senaraian perlu mendapat kelulusan pihak moderator Lazada sebelum disiarkan kepada pengguna.

Meskipun kerajaan mendapati senaraian itu menyalahi undang-undang, siapakah yang kerajaan boleh hukum? Lazada bukanlah pihak yang menjualnya. Lebih parah, pihak yang menjual tidakpun berada di Malaysia.

Apa pendapat anda?

Tags: keselamatanLazada
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lazada benar jual barang terlarang atau penguatkuasaan yang lemah?

Lazada benar jual barang terlarang atau penguatkuasaan yang lemah?

3 July 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN