• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1

  • OLEH Najib
  • 1:47 pm
  • 04/07/2023
  • Komen
Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia akan melancarkan telefon pintar siri Reno 10 pada minggu ini dan salah satu daripadanya menampilkan kuasa pemproses Snapdragon kelas flagship. Sementara telefon pintar flagship sebenar mereka, Oppo Find X6 Pro tidak akan dilancarkan di Malaysia, tempatnya akan digantikan dengan Oppo Reno 10 Pro+ 5G sebagai pilihan terbaik untuk peminat Oppo.

Di China, Oppo melancarkan tiga model di bawah siri Reno 10 iaitu Reno 10, Reno 10 Pro dan Reno 10 Pro+. Jika anda tidak perasan, Oppo Malaysia melangkau siri Reno 9 kali ini, membawah terus siri Reno 10 daripada siri Reno 8 yang dilancar tahun lepas.



Oppo Reno 10 Pro+ 5G

Model terhebat, Reno 10 Pro+ boleh dikatakan peranti flagship kerana ia dibekalkan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bersama skrin OLED 6.74-inci 120Hz. Di China, ia ditawarkan bersama RAM jenis LPDDR5 sebanyak 16GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB.

Kameranya juga sangat berkuasa, gabungan kamera utama 50MP f/1.8, kamera ultra lebar 8MP dan kamera telefoto periskop 64MP. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Untuk tenaga, ia disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,700mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 100W, menerusi USB-C.



Oppo Reno 10 Pro+ 5G

Spesifikasi Reno 10 Pro dan Reno 10 boleh juga dirujuk di laman pelancaran Reno 10 Malaysia. Kedua-dua model ini tiada lensa periskop, sebaliknya menggunakan kamera telefoto 32MP. Bagi Reno 10 Pro, ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W manakala di Reno 10, hanya menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 67W.

Oppo Reno 10
Oppo Reno 10 Pro

Majlis pelancaran siri Reno 10 di Malaysia akan diadakan pada hari Khamis, 6 Julai 2023 pukul 11 pagi. Anda boleh turut sama menyaksikannya secara langsung menerusi YouTube rasmi Oppo Malaysia di bawah:

Bacaan Berkaitan

  • Siri Oppo Reno 8: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno 8 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno 8T 5G & 4G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo Reno 10Oppo Reno 10 ProOppo Reno 10 Pro Plus
Najib

Najib

POPULAR

Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1

Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1

4 July 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN