• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menghantar emoji ‘thumbs up’ boleh membawa maksud kontrak telah sah ditandatangani

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:05 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Menghantar emoji ‘thumbs up’ boleh membawa maksud kontrak telah sah ditandatangani
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka menghantar emoji ‘thumbs up’ boleh diklasifikasikan sebagai tandatangan yang sah? Itulah yang terjadi di wilayah Sasketchewan, Kanada di mana hakim mahkamah memutuskan emoji ‘thumbs up’ boleh membawa maksud yang sama dalam mempersetujui atau menandatangani sesuatu dokumen secara sah.

Kes ini berlaku kepada seorang petani yang gagal mematuhi kontrak yang telah dipersetujui dengan menghantar emoji ‘thumbs up’, walaupun dia tidak menandatangani sebarang kontrak. Oleh itu, dia diarahkan oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak CAD82,000 (~RM286,000).



Pada awalnya, sebuah syarikat pertanian bernama South West Terminal menghantar mesej kepada beberapa kliennya yang mengatakan mereka ingin membeli 86 tan flaks pada harga CAD17. Oleh itu, syarikat tersebut akhirnya berunding dengan petani, Chris Achter. Syarikat itu kemudiannya menghantar gambar kontrak kepada Achter yang menyatakan mereka memerlukan flaks dihantar pada bulan November, serta meminta Achter untuk mengesahkannya.

Sumber: Vanity Fair

Achter hanya memberi maklum balas dengan menghantar emoji ‘thumbs up’. Namun apabila tibanya November, Achter tidak menghantar flaks tersebut seperti yang dinyatakan dalam kontrak dan pada ketika itu harga flaks telah meningkat. Ini membuatkan syarikat South West Terminal dan Achter yang mempertikaikan bahawa kontrak tersebut telah disahkan oleh Achter, manakala Achter pula mengatakan dia hanya mengambil maklum mesej diterima dan bukannya bersetuju akan kontrak.



Walau bagaimanapun, hakim Timothy Keene menggunakan dictionary.com untuk mendapatkan definisi yang tepat bagi membuat keputusan. Dia juga berkata, “mahkamah telah mengakui bahawa emoji ‘thumbs up’ adalah cara bukan tradisional untuk menandatangani sesebuah dokumen, tapi bagaimanapun dalam keadaan ini, ini adalah cara yang sah untuk menyampaikan persetujuan dua hala seperti yang disahkan melalui tandatangan”.

Penggunaan emoji ‘thumbs up’ sebagai cara pengesahan ini mugkin akan membuka ruang untuk pengesahan menggunakan emoji lain juga seperti ‘fist bump’ dan ‘hand shake’. Tapi Keene mengatakan mahkamah tidak boleh menolak teknologi dan penggunaan emoji yang sering digunakan.

[Sumber: The Guardian]

Tags: Emojithumbs up
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Menghantar emoji ‘thumbs up’ boleh membawa maksud kontrak telah sah ditandatangani

Menghantar emoji ‘thumbs up’ boleh membawa maksud kontrak telah sah ditandatangani

7 July 2023
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN