• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 10: Prestasi flagship Mediatek, bateri lebih besar dan kamera telefoto 32MP

  • OLEH Najib
  • 7:45 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Oppo Reno 10: Prestasi flagship Mediatek, bateri lebih besar dan kamera telefoto 32MP
Share on FacebookShare on Twitter

Model asas atau paling rendah dalam keluarga Reno 10 yang baru dilancarkan adalah Oppo Reno 10 sendiri. Walaupun tiada label Pro, ia sebenarnya lebih mirip dengan Reno 10 Pro berbanding model tertinggi Reno 10 Pro+.

Antara beza besar berbanding dengan dua lagi abangnya ialah penggunaan cip Mediatek, resolusi skrin lebih rendah dan RAM lebih kecil.



Harga dan Promosi Tempahan Awal

Sekali lagi, hanya ada satu varian Reno 10 dijual di Malaysia iaitu:

  • Oppo Reno 10 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,799

Tarikh tempahan awal juga sama, iaitu dari sekarang sehingga 14 Julai 2023. Pembeli dalam tempoh tempahan awal akan menerima gnajaran percuma bernilai RM238 iaitu Pembesar suara bluetooth dan Jaminan tambahan selama 1 tahun.



Tempahan awal Reno 10 Pro+ boleh dibuat di semua pengedar sah Oppo di Malaysia, serta atas talian di E-Store Oppo Malaysia, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Oppo Reno 10

Jika model Reno 10 Pro dan Reno 10 Pro+ menggunakan cip Snapdragon, Reno 10 hanya dibekalkan cip Mediatek Dimensity 7050. Cip ini dikatakan memiliki prestasi menghampiri Snapdragon 888 tetapi lebih cekap tenaga. RAM pula jenis LPDDR4X 8GB dan storan UFS2.2 256GB digunakan.

Skrinnya seluas 6.7-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan pula setinggi 950nits. Kamera hadapan 32MP F2.4 yang sama dengan model Pro, terdapat di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Resolusi kamera utamanya paling tinggi iaitu 64MP F1.7 tetapi ingat, ia bukan penentu kualiti gambar. Selain itu, ia juga ada kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera telefoto 32MP F2.0 yang serupa dengan Reno 10 Pro.

Bateri Reno 10 adalah paling besar iaitu 5,000mAh. Tetapi pengecasnya tidak sepantas abangnya iaitu SuperVOOC 67W sahaja. Menariknya, Reno 10 datang bersama speaker stereo berbanding Reno 10 Pro yang ada speaker mono.

Oppo Reno 10 menjalankan sistem operasi ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Pilihan warnanya ada dua tetapi berbeza dari model Pro iaitu biru dan kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Reno 10 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Reno 10 Pro: Kuasa kelas pertengahan, bateri lebih kecil dan speaker tunggal
  • Oppo Reno 10 Pro+: Prestasi flagship dengan kamera potret periskop
  • Oppo Find X6 Pro tampil dengan 3 kejayaan terbesar bagi kamera di telefon pintar
Tags: oppoOppo Reno 10
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Reno 10: Prestasi flagship Mediatek, bateri lebih besar dan kamera telefoto 32MP

Oppo Reno 10: Prestasi flagship Mediatek, bateri lebih besar dan kamera telefoto 32MP

7 July 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN