• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna baru Nothing Ear (2) akan tiba ke Malaysia bulan ini, ditambah fungsi EQ lebih maju

  • OLEH Najib
  • 11:56 am
  • 07/07/2023
  • Komen
Warna baru Nothing Ear (2) akan tiba ke Malaysia bulan ini, ditambah fungsi EQ lebih maju
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara menanti pelancaran telefon pintar Nothing Phone (2) minggu hadapan, Nothing sempat menyelitkan satu pengumuman tentang produk baru mereka yang lain. Fon telinga Nothing Ear (2) yang dilancar dalam warna putih sahaja bulan Mac lepas, kini diumumkan akan datang dalam warna kedua.

Sama seperti Ear (1), warna kedua yang baru untuk Ear (2) kelak adalah warna hitam. Ia masih mengekalkan rekaan lutsinar yang menjadi tanda keunikan produk keluaran Nothing. Tiada perbezaan rupa mahupun spesifikasi untuk Ear (2) berwarna hitam ini, termasuk harganya.



Nothing Ear (2) hitam dan putih

Harga dan Tarikh Jualan

Nothing Ear (2) hitam akan dijual di Malaysia pada harga RM599. Ia akan dijual mulai 22 Julai 2023 di seluruh pengedar Nothing di Malaysia secara atas talian atau luar talian, termasuk kedai DirectD, TMT, Vivid Concepts, Tac Mobile serta di Lazada dan Shopee.

Jika anda berminat untuk melihat lebih dekat sebelum membelinya, Nothing Ear (2) akan dipamerkan secara eksklusif di kedai Crossover yang terletak di MidValley Megamall, mulai 15 Julai 2023. Kira-kira seminggu lebih awal sebelum tarikh jualan.



Fungsi baru Advanced Equaliser

Nothing turut mengumumkan kesediaan fungsi baru untuk Ear (2) dan Ear (Stick) iaitu “Advanced Eequaliser” yang dipertingkat. Dengan fungsi ini, pengguna boleh membuat tetapan lebih terperinci dengan mudah, menggunakan aplikasi Nothing X.

Antarnaya 8 jalur equaliser dengan perubahan masa nyata, Q-factor sepenuhnya dan kawalan frekuensi. Ciri ini telah tersedia hari ini menerusi kemaskini perisian terbaru.

Exciting new updates for Ear (2) and Ear (stick) in our latest Nothing X update.

Dive into the new Advanced Equaliser so you can hear music exactly how you want to hear it. And for all you Ear (stick) listeners, we've introduced Noise Reduction to filter out unwanted noise.… pic.twitter.com/26ysVoVcOX

— Nothing (@nothing) July 6, 2023

Spesifikasi Nothing Ear (2)

Rupa Nothing Ear (2) sangat mirip dengan Ear (1). Perbezaan paling ketara, hanyalah perkataaan kecil Ear (2) pada fon putik. Secara fizikal, bekas penyimpannya lebih kecil daripada Ear (1). Malah, beratnya juga lebih ringan.

Ear (2) mengekalkan pemacu 11.6mm bersama 3 mikrofon yang turut bertugas sebagai penyaring hingar. Ia memiliki penyaring hingar aktif (ANC) sehingga 40db tetapi kini datang dengan keupayaan ANC adapatif dan kawalan ANC 3-tahap.

Peningkatan kualiti bunyi terbesar adalah sokongan audio Hi-Res 24-bit dengan LHDC 5.0. Ia turut diberikan tetapan Equaliser boleh ubahsuai sepenuhnya dan teknologi pengesan putik peribadi, khusus memberikan kualiti terbaik mengikut rekaan telinga pengguna.

Selain itu, Ear (2) tidak lagi menggunakan kawalan sentuhan, sebaliknya bertukar kepada kawalan picit seperti di Ear (Stick). Terdapat juga penambahan mod rendah pendaman (Low-Lag) jika dipadankan bersama telefon Nothing Phone (1).

Hayat bateri turut dipertingkat. Di putik ia boleh memainkan lagu sehingga 6 jam (ANC padam) atau 4 jam (ANC hidup). Bersama bekas penyimpan, ia memberikan tenaga sehingga 36 jam (ANC padam) dan 22.5 jam (ANC hidup). Cara mengecas boleh dibuat menerusi sambungan USB-C atau wayarles serasi Qi.

Tahap kekalisan air dan debu turut dinaik taraf, dengan IP54 di putik dan IP55 pada bekas penyimpan.

Satu lagi ciri baru utama di Ear (2) adalah sokongan dwi-sambungan setelah dilengkapi Bluetooth V5.3. Dengan ini, pengguna boleh bersambung dan mendengar serentak di dua peranti, seperti mendengar lagu di komputer dan menjawab panggilan di telefon, tanpa memutuskan sambungan salah satu daripadanya.

Nothing Ear (2) serasi digunakan bersama peranti yang menjalankan sistem operasi Android 5.1 dan ke atas, serta iOS 11 dan ke atas. Kawalan dan tetapan lebih banyak boleh didapati dengan memasang aplikasi Nothing X. Ia boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Kenali Nothing Ear (2) dengan lebih lanjut dalam ulasan kami di video ini:

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Ear (2) kekal harga & rupa, naik taraf audio Hi-Res, sambungan dwi-peranti, ANC adaptif dan banyak lagi
  • Rupa rasmi Nothing Phone 2 didedah, pelancaran Malaysia eksklusif bersama Yes
  • Nothing Phone (1) dijanjikan OS 2.0, tidak lama selepas Phone (2) dilancar
  • Nothing Ear (Stick) dilancar tanpa ANC dan akan dijual di Malaysia minggu ini
Tags: Nothingnothing ear 2
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Warna baru Nothing Ear (2) akan tiba ke Malaysia bulan ini, ditambah fungsi EQ lebih maju

Warna baru Nothing Ear (2) akan tiba ke Malaysia bulan ini, ditambah fungsi EQ lebih maju

7 July 2023
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN