• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli Redmi 12 256GB dan dapat fon telinga wayarles percuma

  • OLEH Najib
  • 4:41 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
Beli Redmi 12 256GB dan dapat fon telinga wayarles percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia akan mula menjual telefon mampu milik terbaru, Redmi 12 pada hari Sabtu, 15 Julai 2023. Terdapat dua varian diumumkan di Malaysia iaitu:

  • Redmi 12 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM599
  • Redmi 12 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699

Sebelum ini, Xiaomi mengumumkan diskaun RM100 untuk model 128GB khas di Lazada dan Shopee. Kini mereka menambah satu lagi promosi, khas untuk model 256GB.



Pada 15 Julai nanti, pembeli Redmi 12 256GB akan menerima hadiah percuma bernilai RM139 iaitu fon telinga Redmi Buds 4 Lite. Bagaimanapun, tawaran ini hanya terdapat di Xiaomi Store terpilih sahaja, tiada tawaran untuk pembelian atas talian.

Xiaomi Store tersebut adalah:



  1. Kompleks Bukit Jambul, Pulang Pinang
  2. Plaza Low Yat, Kuala Lumpur
  3. Satu Gadget Menara PGRM, Kuala Lumpur
  4. Plaza Metro Kajang, Selangor
  5. DirectD Gadget Mega Store PJ, Selangor
  6. Rawang Walk, Selangor
  7. Kompleks Karamunsing, Sabah
  8. Kota Bahru Mall, Kelantan
  9. Kuantan Parade, Pahang
  10. Kipmart Tampou JB, Johor
  11. Plaza Hang Tuah, Melaka
  12. AEON Mall Kuching Central, Sarawak
  13. Ipoh Parade, Perak

Jadi kini, pengguna ada pilihan untuk mendapatkan diskaun RM100 untuk Redmi 12 128GB di Lazada dan Shopee, atau fon telinga percuma bagi Redmi 12 256GB di Xiaomi Store terpilih.

Spesifikasi Redmi 12

Telefon pintar kelas permulaan ini dikuasakan cip MediaTek Helio G88 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan eMMC 5.1 seluas 128GB atau 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB dan ia berupaya meluaskan RAM secara maya sehingga 8GB lagi.

Skrinnya jeniS LCD berukuran 6.79-inci, berlubang kecil di dahi dan ada resolusi HD Penuh bersama kadar penyegaran adaptif sehingga 90Hz. Belakangnya diperbuat daripada kaca, memberi rupa premium walaupun ia adalah peranti kelas permulaan.

Kamera hadapan 8MP F2.1 ditempatkan di dalam lubang kecil di dahi skrin. Kamera di belakang pula ada tiga, gabungan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan dan belakang ini mampu merakam video sehingga HD Penuh 30fps.

Bateri pula dibekalkan dengan kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W menerusi USB-C. Bagaimanapun, pengecas yang diberi di dalam kotak mungkin hanya 10W, sama seperti yang terdapat di Redmi 12C. Bermakna, untuk mengecas lebih pantas perlu membeli pengecas 18W berasingan.

Sistem bunyi hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari pula ada di dalam butang kuasa di sisi. Xiaomi juga menyatakan bahawa Redmi 12 adalah peranti kalis percikan air IP53.

Sistem operasi yang digunakan adalah MIUI 14 berasaskan Android 13. Terdapat tiga warna disediakan untuk pasaran Malaysia iaitu perak, biru dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi 12.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 12 dilancar bawah RM600, lebih murah jika ditempah awal
  • Redmi 12C kini RM100 lebih murah, boleh dibeli dari serendah RM499
  • Redmi 12C dilancar pada harga bermula RM599, percuma fon putik buat penempah awal
  • Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659
Tags: mobileRedmi 12xiaomiXiaomi Redmi 12
Najib

Najib

POPULAR

Beli Redmi 12 256GB dan dapat fon telinga wayarles percuma

Beli Redmi 12 256GB dan dapat fon telinga wayarles percuma

12 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER