• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galeri City Exploration Project, pamer kekuatan kamera 200MP di Realme 11 Pro+ dengan kerjasama Lonely Planet

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:41 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
Galeri City Exploration Project, pamer kekuatan kamera 200MP di Realme 11 Pro+ dengan kerjasama Lonely Planet
Share on FacebookShare on Twitter

Realme sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu siri Realme 11 Pro. Pelancarannya dijadualkan pada 20 Julai 2023 dan akan berlangsung di Pulau Redang, Terengganu.

Semakin hampir dengan tarikh pelancarannya, Realme hari ini telah menganjurkan galeri gambar “City Exploration Project” bagi mempamerkan kekuatan kamera yang mendukung telefon pintar dalam siri Realme 11 Pro. Galeri ini diadakan di sebuah kedai alat tulis berusia 100 tahun di Chinatown, Kuala Lumpur.



Kesemua gambar yang dipamer dalam galeri “City Exploration Project” ini diambil oleh 9 jurugambar Malaysia yang berpengalaman dengan menggunakan kamera Realme 11 Pro+. 9 jurugambar tersebut adalah YingYi, Gems, CK, Azneal, Amir Imran, Ken, Abeden Mung, Hong dan Uni. Gambar-gambar dalam galeri ini juga diambil dengan hasil kerjasama Realme bersama Lonely Planet.

Terdapat pelbagai gambar yang dipamerkan dalam pameran ini termasuk gambar portrait dan zum yang di ambil di sekitar bandar Kuala Lumpur beserta kapsyen yang menarik untuk menceritakan interaksi antara manusia dan kawasan bandar.



Untuk membuka mata anda bagaimana hasil kamera dari Realme 11 Pro+, anda boleh lihat gambar-gambar di pameran di bawah ini:

Sementara itu, Realme juga menayangkan hasil gambar yang diperoleh menggunakan mod zum 1x dan 4x di galeri tersebut. Realme mengatakan ia adalah telefon pertama di dunia yang menggunakan kamera 200MP dan mempunyai sensor 4x zum terbina. Untuk meihat sejauh mana prestasi zumnya, anda boleh lihat sampel gambar di bawah.

Gambar zum 1X dan 4x
Gambar zum 1X dan 4x

Dalam masa yang sama, Realme juga mengadakan aktiviti memberikan pengunjung peluang untuk memenangi produk terbaru yang akan dilancar. Jadi anda boleh datang ke galeri ini untuk melihat dan mencuba sendiri prestasi kamera Realme 11 Pro+ sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Galeri “City Exploration Project” ini boleh dikunjung orang ramai bermula hari ini, 12 Julai hingga 25 Julai yang beralamat di 169, Jalan Tun H.S Lee City Centre, Kuala Lumpur dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Bacaan berkaitan

  • Siri Realme 11 Pro, satu lagi peranti kelas pertengahan dengan kamera 200MP akan datang ke Malaysia
  • Siri Realme 11 Pro bakal hadir di pasaran global, ada kamera 200MP OIS SuperZoom
  • Siri Realme 11 akan didebut di China 10 Mei 2023 ini
Tags: fotografiLonely PlanetRealmeRealme 11 Pro+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Galeri City Exploration Project, pamer kekuatan kamera 200MP di Realme 11 Pro+ dengan kerjasama Lonely Planet

Galeri City Exploration Project, pamer kekuatan kamera 200MP di Realme 11 Pro+ dengan kerjasama Lonely Planet

12 July 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN