• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:35 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu
Share on FacebookShare on Twitter

LG Malaysia hari ini mengumumkan barisan TV terbaharu mereka untuk pasaran kita. Mereka membawa masuk TV OLED dalam beberapa siri iaitu:

  • LG OLED Evo G3
  • LG OLED Evo C3
  • LG OLED A3

Harga jualan TV OLED LG di Malaysia

LG sedang mengadakan pameran di Mid Valley Megamall. Anda boleh pergi ke Centre Court sehingga 16 Julai 2023 untuk melihat sendiri bagaimana rupa TV ini. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia.



LG OLED Evo G3
77″ – RM32,999
65″ – RM17,999

LG OLED Evo C3
83″ – RM35,999
77″ – RM29,999
65″ – RM14,999
55″ – RM10,999



LG OLED A3
65″ – RM11,999
55″ – RM8,999

Pameran 10 Perfect Black itu menawarkan 10 unit LG TV 65” sebagai cabutan bertuah bila anda beli mana-mana produk LG yang berkenaan.

Spesifikasi LG OLED Evo G3

LG OLED Evo G3 adalah flagship untuk jenama itu untuk tahun ini di Malaysia. Ia dikatakan pesaing kepada model TV seperti Samsung S95C dan Sony A95L. Hal ini kerana, kedua-dua TV pesaingnya itu tampil dengan teknologi Quantum Dot manakala LG pada generasi Evo G3 memperkenalkan teknologi Micro Lens Array (MLA). Kelebihan utama MLA berbanding teknologi panel LG sebelumnya adalah ia lebih terang dan jimat tenaga.

Panel OLED pada Evo G3 memiliki kadar segar semula 120Hz natif dan ia digerakkan oleh cip pemproses A9 AI Processor 4K Gen6. Buat para gamers, selain kadar segar semula 120Hz, anda boleh menikmati kadar respons sepantas 0.1ms sewaktu bermain dan ia turut menyokong Nvidia Geforce Now untuk pengalaman bermain tanpa konsol fizikal di ruang tamu.

Untuk audio, TV ini dilengkapi speaker dalam konfigurasi 4.2 dan bekerja pada paras 60W. Sekiranya anda mempunyai LG Soundbar yang sesuai, LG Sound Sync boleh digunakan untuk salurkan audio secara wayarles.

Daripada segi fizikaliti, ia mengekalkan rekaan Evo G2 yang lalu dan mirip kepada Samsung The Frame. Anda boleh beli kaki penyangga untuk letakkannya di atas lantai ataupun gantungkannya rapat pada dinding untuk memanfaatkan binaan nipis badannya.

Antara port I/O yang bakal anda temukan pada TV ini adalah 4 HDMI, 1 Ethernet, 1 SPDIF, 3 USB-A, dan 2 RF Input. Untuk sambungan wayarles, ia anda boleh gunakan Wi-Fi 6 ataupun Bluetooth 5.0.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

  • LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu
  • LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6
  • LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6
Tags: lglg oled evo g3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu

LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu

12 July 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN