• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Malaysia dedah dua produk baru di galeri “City Exploration Project”, apakah ia?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:52 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
Realme Malaysia dedah dua produk baru di galeri “City Exploration Project”, apakah ia?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah menganjurkan galeri gambar “City Exploration Project” untuk mempamerkan hasil fotografi yang ditangkap menggunakan telefon terbaru mereka yang akan datang, siri Realme 11 Pro. Ia diadakan di sebuah kedai alat tulis berusia 100 tahun bertempat di Chinatown Kuala Lumpur atau lebih tepat di 169, Jalan Tun H S Lee City Centre, Kuala Lumpur. Mereka yang berminat boleh mengunjunginya bermula 12 Julai hingga 25 Julai, pada jam 10 pagi hingga 9 malam.

Dalam pameran tersebut, Realme mengetengahkan kekuatan kamera yang mendukung telefon Realme 11 Pro+ dengan gambar-gambar menarik yang diambil oleh 9 jurugambar berpengalaman Malaysia iaitu YingYi, Gems, CK, Azneal, Amir Imran, Ken, Abeden Mung, Hong dan Uni. Tapi tidak terhad pada itu, Realme juga mengambil peluang untuk mendedahkan dua peranti baru yang bakal dilancar bersama Realme 11 Pro+ iaitu jam pintar Realme Watch 3 Pro dan fon putik Realme Buds Air 5 Pro.



Realme Watch 3 Pro
Realme Watch 3 Pro

Ini bukan pertama kalinya kedua-dua produk dilihat dalam pasaran kerana ada pasaran yang secara rasmi telah menerimanya. Realme Watch 3 Pro telah dilancarkan secara rasmi di pasaran India pada September 2022, dengan harga IR4,999 (~RM282). Realme Buds Air 5 Pro pula diterima pasaran China pada Mei 2023 dengan diletakkan pada harga CNY399 (~RM258).

Realme Buds Air 5 Pro
Realme Buds Air 5 Pro
Realme Buds Air 5 Pro

Harga rasminya di Malaysia akan didedahkan ketika pelancarannya pada 20 Julai 2023 yang bertempat di Pulau Redang, Terengganu. Dijangka harga kedua-dua Realme Watch 3 Pro dan Realme Buds Air 5 Pro yang bakal dilancar tidak jauh beza berbanding pasaran yang disebutkan tadi.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut, nantikan laporan kami berkenaan pelancaran dan harga rasminya di Malaysia kelak.

Spesifikasi Realme Buds Air 5 Pro

Realme Watch 3 Pro menampilkan pemacu dinamik 11mm bersama pemacu kedua 6mm. Ia mempunyai pembatalan hingar aktif sehingga 5dB, dan memiliki tiga mikrofon terbina yang menggunakan teknologi AI untuk menghilangkan bunyi latar belakang ketika panggilan. Ada juga sokongan audio Spatial serta sambungan LDAC.

Bekas penyimpan fon putik ini dimuatkan bateri berkapasiti 460mAh dengan setiap fon putik memiliki bateri 60mAh yang memberikan masa penggunaan sehingga 40 jam. Tahap kekalisan airnya adalah IPX5 dan menggunakan Bluetooth 5.3 untuk sambungan ke peranti.

Spesifikasi Realme Watch 3 Pro

Realme Watch 3 Pro didatangkan dengan rupa jam segi empat dengan paparan AMOLED berukuran 1.78 inci. Ia menyokong kecerahan maksimum 500 nits dan dimuatkan 100 jam muka yang boleh diubah suai.

Ciri kesihatan yang dilengkapinya termasuk mengukur kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, pemantauan tidur dan tekanan. Ia ada lebih 110 mod sukan bagi menjejak kecergasan pemakai melalui GPS terbina di dalam jam.

Terdapat mikrofon terbina pada jam yang menggunakan algoritma AI untuk membuang bunyi latar belakang untuk panggilan. Baterinya berkapasiti 345mAh dan boleh bertahan sehingga 10 hari dengan penggunaan biasa.

Tags: RealmeRealme Buds Air 5 ProRealme Watch 3 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme Malaysia dedah dua produk baru di galeri “City Exploration Project”, apakah ia?

Realme Malaysia dedah dua produk baru di galeri “City Exploration Project”, apakah ia?

12 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER