• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya 5 syarikat terlibat dalam pemberian subsidi RM300 tiket penerbangan untuk pelajar IPTA

  • OLEH Najib
  • 3:14 pm
  • 13/07/2023
  • Komen
Hanya 5 syarikat terlibat dalam pemberian subsidi RM300 tiket penerbangan untuk pelajar IPTA
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi bantuan subsidi sebanyak RM300 untuk pembelian tiket penerbangan sebanyak bagi pelajar universiti awam. Ia melibatkan penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian kredit, iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik. Ia hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal dan tempat pelajar sedang menuntut.



Loke berkata, sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada jumlah RM300 itu, baki baucar digital itu boleh digunakan bagi pembelian tiket seterusnya. Inisiatif yang dipersetujui oleh jemaah menteri dalam mesyuarat hari ini itu bakal memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

5 syarikat penerbangan terlibat

Sama seperti tawaran e-Tunai Belia Rahmah yang disediakan melalui 4 penyedia perkhidmatan, bantuan subsidi tiket penerbangan ini juga terhad dan hanya boleh digunakan untuk empat syarikat penerbangan sahaja iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly serta MYAirline.



Malaysia Airlines
AirAsia
Batik Air
Firefly
MYAirline

Pelajar yang layak juga perlu ambil tahu tentang tarikh penggunaan. Penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan perlu dibuat selewatnya pada 31 Oktober 2023. Namun pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Kelayakan memohon

Sebelum dapat menebus baucar bantuan subsidi tiket penerbangan, pelajar universiti awam perlu membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan kemudian. Bagaimanapun jika semakan mengatakan tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing, atau membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih

[Sumber: Bernama]

Tags: AirAsiaAnthony Lokebatik airFireflyMalaysia AirlinesMYAirline
Najib

Najib

POPULAR

Hanya 5 syarikat terlibat dalam pemberian subsidi RM300 tiket penerbangan untuk pelajar IPTA

Hanya 5 syarikat terlibat dalam pemberian subsidi RM300 tiket penerbangan untuk pelajar IPTA

13 July 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN