• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Harga Tesla Model Y di Malaysia buatkan EV lain terasa mahal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:35 am
  • 14/07/2023
  • Komen
Harga Tesla Model Y di Malaysia buatkan EV lain terasa mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Anda dah dengar tentang harga Tesla bawah RM200,000? Sebenarnya harga Tesla Model Y yang disenaraikan RM199,000 ini agak menarik untuk dibincangkan. Harganya jauh lebih murah daripada Thailand. Sebagai perbandingan, kereta yang sama dijual di Thailand pada harga RM256,383 dan Singapura pula pada RM302,037 selepas tukaran langsung.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang harga yang disenaraikan tidak termasuk cukai dan bayaran lain. Apakah cukai dan bayaran lain ataupun berapakah ia, tidak pula diberitahu.



Ringkas tentang Model Y, tahukah anda yang ia adalah kereta paling laris di dunia untuk Suku 1 2023? Ia menwaskan Toyota Corolla, Hilux, RAV4, dan juga Camry berdasarkan laporan penganalisis. Varian paling rendah Tesla Model Y diperkasa motor elektrik 378kW yang boleh mengeluarkan tork setinggi 493Nm.

Kapasiti bateri yang dimilikinya adalah 75kWh dengan jarak kembara 533km (WLTP). Apabila mengecas, ia boleh menerima kuasa pada kadar 200kW (DC) dan juga 11kW (AC).



Berbekalkan maklumat tentang spesifikasi motor, tork, bateri, dan jarak kembara, mari kita lihat landskap EV bawah RM200,000 tempat Tesla akan bersaing. Anda akan dapati yang spesifikasi Tesla Model Y agak lumayan.

Kona Electric e-plus

Untuk bajet bawah RM200,000 EV berjenama Hyundai yang boleh anda dapatkan adalah Kona e-plus yang ditawarkan pada harga RM176,838. EV ini dipacu motor tunggal 100kW yang membuahkan tork setinggi 395Nm. Jarak kembara yang dimilikinya adalah 305km (WLTP) melalui bateri berkapsiti 39.2kWh.

Apabila perlu dicas, EV ini meyokong sistem pengecasan 100kW (DC) ataupun 11kW (AC).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Ora Good Cat 500 Ultra

Ora Good Cat adalah antara EV terawal bawah RM200,000 yang masuki Malaysia. Varian paling mahalnya adalah RM169,800 iaitu versi 500 Ultra. EV ini dipacu motor depan yang hasilkan 105kW dengan daya kilas setinggi 210Nm. Tangi baterinya memiliki kapasiti 63.1kWh dan katanya boleh kembara sejauh 500km berdasarkan piawaian WLTP.

Ia dicas menggunakan sistem kuasa DC 60kW dan AC 6.6kW.

BYD Atto 3 Extended Range

BYD menawarkan Atto 3 Extended Range pada harga RM168,430. Kenderaan ini dilengkapi motor 150kW dengan tork setinggi 310Nm. Berbekalkan bateri berkapasiti 60.48kWh, kereta ini diiklankan mempunyai jarak kembara sejauh 420km (WLTP).

BYD Atto 3 Extended Range menyokong sistem pengecasan 80kW DC dan 7kW AC.

Neta V

Tidak boleh dinafikan lagi Neta V masih lagi EV termurah di Malaysia pada harga RM99,800. Kereta ini digerakkan oleh motor berkuasa 70kW dengan tork setinggi 150Nm yang ditambat pada gandar hadapan. Menurut piawaian NEDC, kereta ini mempunyai jarak kembara 380km dengan mengambil tenaga daripada bateri perkapasiti 38.5kWh.

Neta V menyokong sistem pengecasan 100kW DC dan 6.6kW AC.

Bacaan berkaitan

Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan

Tesla rasmi masuki Malaysia pada 20 Julai 2023, berapa harga barisan EV mereka?

Apa yang terjadi di Hari Temuduga Terbuka Tesla Malaysia?

Tags: TeslaTesla Model Y
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Harga Tesla Model Y di Malaysia buatkan EV lain terasa mahal

Harga Tesla Model Y di Malaysia buatkan EV lain terasa mahal

14 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER