• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan

  • OLEH Najib
  • 10:16 am
  • 14/07/2023
  • Komen
Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla Malaysia telah menjadualkan tarikh 20 Julai sebagai perasmian kedatangan mereka secara rasmi di Malaysia. Ia juga akan menjadi acara pelancaran beberapa model kereta di Malaysia.

Kini, model kereta Tesla yang akan dijual secara rasmi di Malaysia boleh diketahui menerusi kemaskini laman web Tesla Malaysia. Malah ia lengkap dengan harga rasmi serta pilihan tambahan yang boleh dibuat dalam tempahan. Laman web tersebut menyenaraikan dua model kereta elektrik (EV) Tesla iaitu Model Y dan Model 3. Bagi Model Y, tempahan boleh mula dibuat sekarang. Penghantaran pula dijangka bermula pada awal tahun 2024.



Tesla Model Y

Harga ini tidak termasuk cukai jalan dan insuran. Tetapi ia masih tertakluk kepada insentif pengecualian cukai eksais dan cukai jalan yang diberi kerajaan Malaysia, sehingga akhir tahun 2025.

Untuk Tesla Model 3, ia masih belum boleh ditempah tetapi pengguna boleh mendapatkan maklumat penuh mengenainya di laman web tersebut, serta mendaftar emel untuk menerima makluman awal dari Tesla Malaysia.



Harga dan tambahan Tesla Model Y

Terdapat tiga varian Tesla Model Y ditawarkan di Malaysia iaitu:

  • Tesla Model Y Rear Wheel Drive – RM199,000
  • Tesla Model Y Dual Motor All-Wheel Drive Long Range – RM246,000
  • Tesla Model Y Performance Dual Motor All-Wheel Drive Long Range – RM288,000

Varian asas iaitu Rear Wheel Drive (RWD) dilengkapi satu motor yang mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.9 saat. Kelajuannya boleh mencecah 217km/j dan jarak pemanduan pula sehingga 430km (WLTP).

Varian kedua Dual Motor All-Wheel Drive (AWD) Long Range, dipasang dengan dua motor yang menggerakkan semua roda, boleh memecut 0-100km/j dalam masa 5 saat sahaja dengan kelajuan sehingga 217km/j. Jarak pemanduan pula sehingga 533km (WLTP).

Varian termahal dan paling berkuasa, Performance Dual Motor AWD Long Range mempunyai pecutan 0-100km/j hanya 3.7 saat dan kelajuan mencecah 250km/j. Jarak pemanduan sehingga 514km (WLTP).

Seterusnya, pembeli boleh memilih salah satu dari 5 warna yang disediakan. Ada caj tambahan untuk warna selain Pearl White iaitu:

  • Pearl White Multi-Coat – RM0
  • Solid Black – RM 5,000
  • Midnight Silver Metallic -RM 5,000
  • Deep Blue Metallic -RM 5,000
  • Red Multi-Coat – RM 10,000

Tesla Model Y RWD dan AWD Long Range, datang siap dengan tayar dan Gemini Wheels 19-inci. Tetapi varian RWD ada pilihan untuk ditukar kepada Induction Wheels 20-inci dengan tambahan harga RM10,000. Bagi varian Performance, ia dilengkapi tayar dan rim Überturbine 21-inci.

Warna kemasan dalaman juga boleh dipilih, diberikan kepada semua varian. Warna standard ialah hitam, manakala warna dua tona hitam dan putih dikenakan caj tambahan RM5,000.

Akhir sekali paling menarik, menambah fungsi pemanduan. Ada dua pilihan iaitu Enhanced Pilot dengan tambahan RM16,000, atau Full Self-Driving Capability berharga RM32,000. Hanya boleh pilih salah satu.

Enhanced Pilot menambah fungsi seperti penukaran laluan automatik, parkir automatik, serta panggilan pintar. Full Self-Driving Capability pula meningkatkan lagi fungsi yang ada di Enhanced Pilot antaranya pengesanan lampu trafik dan papan tanda berhenti, serta panduan automatik di bandar.

Anggaran bayaran bulanan

Tempahan di laman web Tesla Malaysia ini memberi pilihan untuk pembelian tunai serta ansuran secara sewa-beli. Kalkulator anggaran sewa-beli turut disediakan, dengan ansuran sehingga 96 bulan (8 tahun), serendah RM2,222/bulan selepas ditolak deposit 10%.

Jika anda memang telah merancang untuk membeli kereta Tesla yang dijual secara rasmi, boleh membuat tempahan sekarang dengan bayaran RM1,000. Kepada yang lain, boleh gunakan cara ini untuk mula membuat kira-kira dan merancang pembelian di masa akan datang.

Bacaan Berkaitan

  • Tesla rasmi masuki Malaysia pada 20 Julai 2023, berapa harga barisan EV mereka?
  • Apa yang terjadi di Hari Temuduga Terbuka Tesla Malaysia?
  • Anda berpeluang kerja di Tesla, syarikat autofomotif & teknologi terkemuka jika datang ke Cyberjaya Sabtu ini
  • Tesla sedang bentuk pasukan Malaysia, banyak jawatan kosong ditawarkan untuk diisi
Tags: TeslaTesla Model 3Tesla Model Y
Najib

Najib

POPULAR

Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan

Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan

14 July 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN