• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Nothing Phone (2) percuma, dengan pascabayar Yes 5G tanpa had kuota dan FUP

  • OLEH Najib
  • 1:01 pm
  • 15/07/2023
  • Komen
Dapatkan Nothing Phone (2) percuma, dengan pascabayar Yes 5G tanpa had kuota dan FUP
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing Phone (2) percuma kalau langgan pelan Yes 5G? Ya, anda boleh memiliki telefon terbaru Nothing Phone (2) secara percuma jika melanggan pelan pascabayar Yes 5G.

Bermula 22 Julai 2023, Nothing Phone (2) akan mula berada di pasaran dan salah satu penjualnya adalah Yes 5G. Mereka membuat dua jenis tawaran untuk pelanggan mendapatkan Nothing Phone (2) secara percuma, atau rebat bagi pelan.



Harga Nothing Phone (2) dan aksesori

Nothing Phone (2) Percuma

Bagi mendapatkan Nothing Phone (2) percuma tanpa sebarang bayaran sedikit pun, pengguna perlu melanggan pelan pascabayar Yes 5G paling mahal iaitu Infinite+ Ultra berharga RM178/bulan. Bukan setakat itu, pengguna juga perlu mengikat kontrak selama 36-bulan atau 3-tahun, baru dapat memiliki Nothing Phone (2) secara percuma.

Pendek kata, pengguna perlu membayar keseluruhan RM6,408 (RM178x36) untuk pelan Yes 5G Infinite+ Ultra dan Nothing Phone (2), secara ansuran 36-bulan.



Pelan pascabayar Yes 5G Infinite+ Ultra memberi internet 5G dan 4G, tanpa had kuota, tiada FUP dan tiada sekatan kelajuan. Panggilan juga tanpa had ke semua rangkaian tempatan. Tetapi untuk hotspot ada kuota iaitu 110GB sebulan.

Rebat RM20 x 12 bulan

Jika anda tidak mahu terikat dengan sebarang kontrak tapi berminat dengan pelan tanpa had Yes 5G, anda boleh menikmati rebat sebanyak RM240 jika membeli Nothing Phone (2) di Yes 5G dan melanggan pelan Infinite Basic.

Promosi ini hanya untuk Nothing Phone (2) dengan storan 512GB berharga RM3,499 dan pelan Infinite Basic berharga RM58/bulan. Rebat pula diberikan sebanyak RM20 selama 12-bulan. Jadi pengguna hanya membayar RM38/bulan untuk 12-bulan pertama, selepas itu barulah membayar harga asal RM58/bulan. Tiada kontrak diikat, tetapi jika membatalkan pelan awal, sedikit rugi kerana kehilangan rebat RM20.

Pelan pascabayar Yes 5G Infinite Basic sebenarnya agak sama dengan Infinite+ Ultra tadi. Ia memberi internet 4G dan 5G tanpa had kuota atau FUP, internet berkelajuan tinggi bersama panggilan tanpa had. Tetapi bezanya pada kuota hotspot, iaitu 20GB sahaja.

Yes 5G x Alliance Bank

Selain itu, Yes 5G turut bekerjasama dengan Alliance Bank. Pemegang kad kredit Alliance Bank Visa Virtual, boleh mendapat pengembalian tunai atau cashback sehingga RM240, serta ansuran tanpa faedah selama 12-bulan untuk membeli Nothing Phone (2) di Yes 5G.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai semua tawaran Yes 5G dan Nothing Phone (2), layari laman web Yes 5G dan daftar minat anda sekarang.

Get the Nothing Phone (2) with the Infinite+ Ultra Plan or the Infinite Basic Plan to enjoy:

>Unlimited 5G+4G Data
>Uncapped 5G+4G Speed
>Unlimited Calls
>Extra Hotspot

Register your interest now: https://t.co/UzTwAQEL8Z#Yes5G #Yes5GForAll #YesxNothing #YesIWantNothing pic.twitter.com/XkfQsU5Fcy

— Yes.5G (@Yes_5G) July 16, 2023

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia
  • Nothing Phone (2), harga rasminya jauh lebih tinggi berbanding model lepas
  • Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air
  • Pascabayar Yes Infinite kini ada kuota hotspot 10GB lebih banyak
  • Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan
Tags: Nothingnothing phone (2)nothing phone 2yes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan Nothing Phone (2) percuma, dengan pascabayar Yes 5G tanpa had kuota dan FUP

Dapatkan Nothing Phone (2) percuma, dengan pascabayar Yes 5G tanpa had kuota dan FUP

15 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER