• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laman penghantar barang dan kedai online palsu paling banyak curi data pengguna – Kaspersky

  • OLEH Najib
  • 4:27 pm
  • 19/07/2023
  • Komen
Laman penghantar barang dan kedai online palsu paling banyak curi data pengguna – Kaspersky
Share on FacebookShare on Twitter

Kaspersky, pakar keselamatan digital telah berkongsi dapatan mereka tentang serangan siber di Malaysia. Antaranya, serangan pancingan data menerusi emel yang meningkat mendadak. Ini kerana sistem Kaspersky Anti-Phishing telah menyekat sebanyak 8,267,013 serangan tersebut tahun lepas.

Data daripada Cybersecurity Malaysia pula menyebut, sebanyak 4,074 serangan siber telah dilaporkan kepada mereka dan sebanyak 456 kes penipuan direkodkan sehingga Februari 2023. Ia tambah menggerunkan kerana sebanyak RM27 juta kerugian dicatat oleh Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) sehingga Februari 2023.



Angka menunjukkan jumlah serangan merbahaya di emel yang disekat sistem Kaspersky Anti-Phishing sepanjang tahun 2022

Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik, Adrian Ha berkata, “Malaysia kekal di tangga tiga teratas di rantau Asia Tenggara dari segi e-mel berniat jahat yang disekat oleh Kaspersky. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa trend pancingan data yang meningkat diperhatikan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Taktik ini kekal sebagai teknik jangkitan untuk penjenayah siber kerana pancingan data sebagai kejuruteraan sosial benar-benar berkesan dan mudah dijalankan. Memandangkan penjenayah siber terus kreatif untuk menggodam minda manusia melalui topik yang kita minat, orang ramai perlu terus meningkatkan kesedaran diri dan benar-benar bertindak melindungi peranti sendiri daripada ancaman siber.”

Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik, Adrian Ha

Serangan pancingan data meningkat tahun lepas di seluruh dunia. Sistem Kaspersky Anti-Phishing telah menyekat 507,851,735 cubaan yang mahu mengarahkan pengguna pergi ke pautan merbahaya.



Data Kaspersky sepanjang tahun 2022 menunjukkan, penyamaran laman web yang meniru penghantar barang disekat Kaspersky adalah sebanyak 27.38%. Ia diikuti dengan kedai online (15.56%), sistem pembayaran (10.39%) dan perbankan (10.39%). Selain itu, laman palsu portal internet, perkhidmatan web dan media sosial mencatat lebih 5% setiap satu.

Cara baru memancing data

“Baru-baru ini, kami telah melihat peningkatan dalam serangan pancingan data yang disasarkan di mana penipu tidak segera beralih kepada serangan pancingan data itu sendiri, tetapi hanya selepas beberapa e-mel pengenalan yang terdapat surat-menyurat aktif dengan mangsa. Pakar kami meramalkan bahawa trend ini mungkin berterusan. Helah baharu juga berkemungkinan akan muncul dalam sektor korporat pada 2023, dengan serangan menjana keuntungan yang ketara untuk penyerang,” tambah Hia.

Untuk melindungi dari daripada menjadi mangsa penjenayah siber, Kaspersky menasihatkan pengguna untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

  • Belajar kenali serangan pancingan data. Jika kenal tanda-tanda pada emel, terus padam tanpa membukanya.
  • Laporkan serangan pancingan data. Selepas berjaya mengelak daripada menjadi mangsa, laporkannya. Ia akan membantu syarikat untuk meningkatkan tahap keselamatan dan memastikan akaun pengguna selamat.
  • Pasang perisian anti-virus dan anti-phishing. Kebanyakan syarikat keselamatan digital menyediakan perisian anti-phishing, dengan penapis emel phishing sebagai spam. Program antivirus juga penting untuk membuang virus di dalam peranti dan membaiki semula kerosakan jika ada.

Bacaan Berkaitan

  • NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas
  • Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
  • Tips: 5 cara memastikan transaksi kewangan dalam talian selamat dari serangan siber
  • TIPS: 7 langkah perlu dilakukan sebelum beli-belah dalam talian, elak wang dicuri
Tags: Kasperskyphishing scam
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Laman penghantar barang dan kedai online palsu paling banyak curi data pengguna – Kaspersky

Laman penghantar barang dan kedai online palsu paling banyak curi data pengguna – Kaspersky

19 July 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER