• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PS5 edisi terhad Marvel’s Spider-Man 2 boleh ditempah mulai 28 Julai 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:19 pm
  • 21/07/2023
  • Komen
PS5 edisi terhad Marvel’s Spider-Man 2 boleh ditempah mulai 28 Julai 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun permainan Marvel’s Spider-Man 2, Insomniac Games, mengumumkan kehadiran PlayStation 5 (PS5) edisi terhad yang bertemakan permainan itu yang bakal tiba tak lama lagi. Ia tentu sekali menghangatkan lagi penantian peminat adiwira lelabah yang mereka nantikan.

Inspirasi kemasan konsol PS5 edisi ini mengambil inspirasi daripada kisah symbiote selaku parasit yang mampu menjangkiti Spider-Man dan mempengaruhi tinkah lakunya. Anda boleh perkhatikan bahagian hitam yang kian menyeluputi warna merah yang menjadi warna tema suit Spider-Man sejak sekian lama. Ia turut melambangkan yang antagonis utama dalam Spider-Man 2 ada kaitan dengan parasit symbiote contohnya Venom yang menjadi konflik kepada protagonis permainan ini kelak.



Buat pemilik sedia ada PS5, papan pelindung ini turut dijual secara berasing sekiranya mereka ingin menyerta demam Spider-Man ini.

Tidak terhad kepada papan pelindung di skrin, pad kawalan DualSense turut menerima kemasan hitam/merah yang sama untuk menjadi pelengkap kepada konsol permainan di ruang tamu anda.



Pengguna di Malaysia boleh mula menempah produk-produk ini pada 28 Julai 2023 di pengedar-pengedar terpilih seluruh negara. Set konsol PS5 ini akan mula dijual 15 September 2023 dan ia didatangkan sekali dengan kod penembusan permainan itu yang boleh ditebus pada 20 Oktober 2023, hari pelancaran Marvel’s Spider-Man 2.

Antara item-item dalam permainan yang akan diterima adalah seperti Shadow Spider Suit untuk Miles dan beberapa manfaat tempahan awal lain.

Harga untuk versi editi terhad ini masih belum diumumkan. Namun ia pastinya lebih mahal berbanding versi baisa. PS5 dalam pasaran Malaysia dijual pada harga seperti berikut:

  • PS5 Digital Edition – RM2,069
  • PS5 Physical Edition – RM2,499

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Sony

Tags: marvel's spider-man 2ps5Sonysony playstation 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PS5 edisi terhad Marvel’s Spider-Man 2 boleh ditempah mulai 28 Julai 2023

PS5 edisi terhad Marvel’s Spider-Man 2 boleh ditempah mulai 28 Julai 2023

21 July 2023
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN