• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y36 baru diperkenal lebih murah tanpa 5G, tak sampai RM1,000

  • OLEH Najib
  • 5:05 pm
  • 22/07/2023
  • Komen
Vivo Y36 baru diperkenal lebih murah tanpa 5G, tak sampai RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan lepas, Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar 5G mampu milik, Vivo Y36 5G. Kini mereka membawakan pula versi lebih murah tanpa 5G, dikenali sebagai Vivo Y36 4G. Tetapi ia masih dibekalkan dengan storan besar 256GB.

Vivo menawarkan Vivo Y36 4G sebagai pilihan yang lebih murah dan mampu dimiliki. Ini kerana Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ada menerangkan bahawa masih banyak komuniti bergantung kepada rangkaian 4G, meskipun 5G telah dibangunkan di seluruh negara.



Harga dan Promosi

Tanpa 5G, Vivo Y36 4G berharga RM100 lebih murah iaitu:

  • Vivo Y36 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM999

Bagi pembeli terawal, mereka berpeluang mendapat hadiah percuma bernilai RM99 iaitu fon telinga TWS Earbuds, sementara stok masih ada. Ia terdapat di Stor Online Vivo Malaysia, Lazada dan Shopee. Ada juga diskaun diberikan, berbeza mengikut platform jualan.



Spesifikasi Vivo Y36 4G

Dari segi perkakas luaran dan dalaman, model 4G tidak banyak berbeza dengan 5G. Yang berbeza adalah cip yang digunakan, iaitu Snapdragon 680 6nm di Vivo Y36 4G. RAM jenis LPDDR4X sebanyak 8GB dipasang di dalaman, bersama storan seluas 256GB.

Di hadapan, ia dipasang skrin LCD seluas 6.64-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz, berbeza dengan model 5G yang memiliki kadar penyegaran 60hz sahaja. Lubang kecil di atas skrin, memuatkan kamera 16MP F2.45. Di belakang pula, terdapat kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4.

Vivo turut berbangga dengan bateri 5,000mAh di dalam Vivo Y36. Ini kerana ia menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W, menerusi sambungan USB-C. Kepala pengecas 44W turut diberi di dalam kotak.

Walaupun dengan speaker mono, ia boleh menghasilkan bunyi sangat lantang menerusi teknologi AudioBooster, yang mengepam bunyi 200% dari biasa. Bagaimanapun, tiada jek audio 3.5mm di telefon ini.

Sama seperti model 5G, terdapat dua warna disediakan untuk Vivo Y36 4G. Pertama adalah warna Hijau Semporna dengan kemasan seakan air jernih di Pulau Semporna, Sabah. Kedua pula warna hitam, yang dilapisi kemasan seakan kulit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo Y36 4G.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo Y36 5G dilancar, telefon mampu milik dengan jaminan 2 tahun dan fon telinga TWS percuma
  • Vivo Y27, peranti murah terbaru dikuasakan Helio G85 dan pengecas 44W
  • Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W
Tags: vivoVivo Y36Vivo Y36 4G
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y36 baru diperkenal lebih murah tanpa 5G, tak sampai RM1,000

Vivo Y36 baru diperkenal lebih murah tanpa 5G, tak sampai RM1,000

22 July 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN