Semakin hari, semakin banyak telefon pintar yang boleh didapatkan dalam pasaran lebih-lebih lagi dalam segmen mampu milik. Dalam segmen ni, ada pelbagai jenama yang anda boleh dapat seperti Redmi, Infinix, iQoo dan banyak lagi.
Jadi mesti ada yang tertanya telefon apa yang terbaik anda boleh dapat pada harga bawah RM1,000 sekarang? Untuk membantu anda, di sini saya akan berikan jawapannya.
Anda boleh juga tonton video kami berkenaan 5 telefon terbaik bawah RM1,000 di bawah.
1. Infinix Note 30 Pro
Infinix Note 30 Pro telah dilancarkan pada Mei lalu dan ia antara telefon mampu milik yang dilengkapkan dengan ciri premium. Atas papan utama ia diperkasa cip Helio G99 4G bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ada juga fungsi Extended RAM menawarkan RAM diperluas kepada 16GB secara maya.
Walaupun bawah RM1,000, skrinnya menggunakan panel AMOLED 120Hz. Menariknya, ia satu-satunya telefon dalam kategori ini yang ada pengecasan wayarles dan pengecasan berwayar pula sangat pantas pada 68W. Tenaganya diterima oleh bateri berkapasiti 5,000mAh.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.
2. Samsung Galaxy A24
Samsung Galaxy A24 antara telefon yang termurah Samsung tawarkan. Seperti siri telefon flagship Galaxy S23, ia didatangkan sekali bersama sokongan kemaskini yang panjang, iaitu kemaskini keselamatan 5 tahun dan sistem operasi 4 tahun. Waranti pula diberikan selama 2 tahun.
Bahagian skrinnya menggunakan panel paparan Super AMOLED 90Hz berukuran 6.5 inci dengan resolusi HD Penuh. Jadi kandungan yang dipaparkan memang cantik. Untuk menangkap gambar, ia ada kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 5MP F2.2 dan kamera makro F2.4.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.
3. iQoo Z7x
Seterusnya adalah iQoo Z7x. Ia dipanggil sebagai telefon gaming oleh kerana mengguna pakai cip Snapdragon 695, iaitu sebuah cip hebat untuk gaming dan sokong 5G.
Skrinnya, berukuran 6.64-inci 120Hz dengan resolusi HD Penuh tapi menggunakan panel LCD. Yang istimewanya, iQoo Z7x dimuatkan bateri berkapasiti 6,000mAh, paling besar dalam senarai serta memiliki pengecasan paling pantas pada80W.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.
4. Nubia Neo 5G
Telefon gaming Nubia Neo 5G ini baru sahaja dilancarkan dan ia diperkasa cip Unisoc T820. Pemproses 6nm ini menggabungkan 1-teras Cortex A76 2.7GHz, 3-teras Cortex A76 2.3GHz dan 4-teras Cortex A55 2.1GHz. Kebolehan cip ni terbukti mampu menjalankan pelbagai game dengan lancar, boleh tengok video test game saya.
@soyacincautiktok Hebat ke cip Unisoc? Ini 5 game popular yang saya cuba main di Nubia Neo 5G #soyacincautiktok #nubianeo5g #unisoc #fongaming #fongamingbajetmalaysia #redmagic #pubgmobile #gebshinimpact #asphalt9 #callofduty #mobilelegends #longervideos
♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok
Menariknya, ia ada Game Space, sebuah perisian gaming yang terdapat di telefon mahal RedMagic. Tapi yang kurang syoknya ia hanya menyokong pengecasan pada kelajuan 22.5W sahaja.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.
5. Redmi Note 12S 4G
Redmi Note 12S 4G dipacu oleh cip Helio G96, jadi tiada sokongan 5G. Pada harga bawah RM1,000, ia ada sensor kamera utama yang hebat pada 108MP. di Menemani kamera utama adalah kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.
Skrinnya mengguna pakai panel jenis AMOLED 90Hz seluas 6.43-inci dan mempuyai kecerahan puncak 1,000 nits.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.