• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 Telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia tahun 2023

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:12 pm
  • 24/07/2023
  • Komen
5 Telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Selain telefon pintar terbaik bawah RM1,000, ramai juga yang mencari telefon pintar dengan harga bawah RM1,500. Dalam lingkungan harga ini, ada beberapa jenama yang anda patut pertimbang.

Untuk kenali lebih lanjut model apa yang terlibat, di sini saya kongsikan senarai 5 telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia.



Anda boleh juga tonton video kami berkenaan 5 telefon terbaik bawah RM1,500 di bawah.

1. Realme 11 Pro

Realme 11 Pro merupakan telefon yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysa. Ia menampilkan skrin melengkung AMOLED 120Hz seluas 6.7-inci HD Penuh. Uniknya, panel belakangnya menggunakan kemasan kulit vegan, sama ada dalam warna beige, hijau atau hitam.



Nak mengecas, ia menyokong pengecasan pantas 67W. Menerima tenaga adalah dari bateri berkapasiti 5,000mAh.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.

2. Samsung Galaxy A34

Samsung Galaxy A34 ini merupakan model yang lebih mahal sedikit dari Galaxy A24. Jaminan kemaskini yang diberikan sama iaitu keselamatan 5 tahun, sistem operasi 4 tahun serta waranti 2 tahun. Ini jauh lebih panjang dari jenama-jenama lain.

Skrinnya jenis Super AMOLED 120Hz sebesar 6.6-inci dan paling penting, ia memiliki tahap kekalisan air IP67.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.

3. iQoo Z7

iQoo Z7 adalah sebuah telefon gaming yang diperkasa cip Snapdragon 782G, dan mempunyai RAM seluas 12GB. Ia menyokong pengecasan pantas sehingga 120W, antara yang terlaju dalam senarai dan ia memiliki dua kamera merangkumi kamera utama 64MP f/2.45 dan kamera potret 2MP f/2.4.

Kadar penyegaran skrin pun laju pada 120Hz tapi hanya gunakan panel LCD.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.

4. Poco X5 Pro

Seterusnya adalah Poco X5 Pro. Macam ramai kata, baik beli poco betul tak? Pada harga sekitar RM1,200, telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 778G 6nm. Menariknya, ia juga mempunyai IR Blaster, jadi bolehlah jadikan telefon sebagai alat kawalan jauh.

Skrin pun tak kurang hebat dengan menggunakan panel jenis AMOLED 120Hz sebesar 6.67 inci HD Penuh yang menyokong kecerahan puncak pada 900 nits.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.

5. Redmi Note 12 Pro+

Yang terakhir dalam senarai adalah Redmi Note 12 Pro+. Kamera utamanya ada sensor 200MP, paling besar dalam senarai ini. Pengecasan yang disokong pula pantas pada 120W dan dapat sekali blok pengecas dalam kotak.

Redmi Note  12 Pro+ ni digerakkan oleh cip Dimensity 1080 yang sokong rangkaian 5G.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut boleh lihat di sini.

Tags: iQoo Z7poco x5 proRealme 11 Proredmi note 12 pro+ 5gsamsung galaxy a34
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
5 Telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia tahun 2023

5 Telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia tahun 2023

24 July 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER