• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar RM42/bulan untuk Meta Verified supaya akaun Facebook sentiasa dipantau dari penyamar

  • OLEH Najib
  • 5:51 pm
  • 24/07/2023
  • Komen
Bayar RM42/bulan untuk Meta Verified supaya akaun Facebook sentiasa dipantau dari penyamar
Share on FacebookShare on Twitter

Jika Twitter Blue boleh mengenakan bayaran untuk memberi lebih banyak fungsi kepada pengguna, kepada tidak di Facebook. Kerana itu Meta, pemilik platform Facebook dan Instagram, turut mengumumkan Meta Verified awal tahun ini. Kini, kelihatan ada pengguna di Malaysia yang telah dapat melanggannya.

Menurut Mark Zuckerberg, Meta Verified menjanjikan lebih keselamatan kepada pengguna berkaitan penipuan identiti yang banyak membantu untuk menghalang penipuan atau scam atas talian.



Harga langganan Meta Verified

Berdasarkan penemuan Amanz dan Lowyat.Net, langganan Meta Verified berharga RM36.99/bulan jika berdaftar di laman web, atau RM41.99/bulan di platform iOS. Harga ini agak serupa dengan langganan Twitter Blue di Malaysia, iaitu dari RM35/bulan di laman web atau RM50 di iOS dan Android.

Tetapi Twitter Blue turut ditawarkan lebih murah jika dilanggan secara tahunan, iaitu RM369 di laman web atau RM520 di iOS dan Android. Bagi Meta Verified, ia hanya ditawarkan secara bulanan dan akan diperbaharui secara automatik, melainkan dibatalkan dalam masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh pembaharuan automatik dibuat.



Untuk pengesahan, Meta memerlukan pengguna membuat proses pengesahan, antaranya mengimbas kad pengenalan MyKad. Seperti Twitter Blue, pengguna Meta Verified akan menerima tanda biru di profail sebagai bukti pengguna berbayar.

Apa pengguna Meta Verified dapat?

Jika melanggan Meta Verified, Meta menjanjikan perlindungan akaun dipertingkat dengan pemantauan penyamaran akaun aktif. Selain itu, pengguna juga menerima akses ke bantuan akaun berkaitan masalah biasa.

Semasa mengumumkan Meta Verified awal tahun ini, Mark Zuckerberg menyatakan bahawa perkhidmatan berbayar ini disediakan untuk meningkatkan keaslian dan keselamatan meliputi semua perkhidmatan mereka. Akses terus ke pasukan khidmat pelanggan nampakanya menjadi satu perkara penting dan menurut Mark, selepas menerima pengesahan ini mereka boleh mencari akaun penyamar dengan lebih efektif kerana telah mengetahui akaun asli yang sebenar.

Meta terlalu banyak iklan scam

Telah acap kali diperkatakan bahawa Meta telah menyuburkan penipuan atas talian menerusi Facebook apabila terlalu banyak iklan scam yang meniru akaun jenama dan peribadi popular, diluluskan. Sebagai syarikat yang mengutip kuntungan besar dari iklan, Meta tidak membuat tatakelola sewenangnya sebelum meluluskan iklan scam tersebut.

Dari Januari hingga Mei 2023, rakyat Malaysia telah kerugian hampir RM330 juta akibat penipuan di platform Meta iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, ini menandakan peningkatan sebanyak 25% berbanding sepanjang tahun 2022 (Januari hingga Disember).

Malah, Fahmi sendiri pernah menjadi mangsa penipuan iklan di Facebook. Adakah menteri perlu melanggan Meta Verified untuk menghentikan scam sebegini?

Saya menerima tangkap layar ini sebentar tadi. Ini adalah PALSU!

Saya tidak pernah mempromosi mana-mana skim pelaburan seperti ini. Saya telah laporkan pada pihak SKMM. pic.twitter.com/zm9tbK1iBZ

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) May 5, 2023

Sebenarnya, scam iklan ini sangat mudah dihentikan jika Meta benar-benar membuat semakan asas mengenai pengiklan baru. Hanya perlukan manusia yang bertindak memantau dan menyelidik latar belakang pengiklan, di samping bertindak pantas menghentikan iklan jika terdapat laporan dan disemak segera ianya palsu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ada mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan ndang-undang jika Meta masih gagal mengawal penipuan iklan.

Adakah anda akan melanggan Meta Verified untuk melindungi akaun, kerana tahu Facebook tidak cekap menjalankan tugas melindungi pengguna?

[Gambar: Unsplash]

Bacaan Berkaitan

  • Lembap & kurang memuaskan, SKMM ambil tindakan perundangan kepada Facebook
  • NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas
  • Twitter Blue kini di Malaysia, harga langganan serendah RM35 sebulan
  • Meta Verified diperkenal untuk Facebook dan Instagram pada harga serendah USD11.99
Tags: Facebookmetameta verified
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Bayar RM42/bulan untuk Meta Verified supaya akaun Facebook sentiasa dipantau dari penyamar

Bayar RM42/bulan untuk Meta Verified supaya akaun Facebook sentiasa dipantau dari penyamar

24 July 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER