• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air

  • OLEH Najib
  • 7:47 pm
  • 26/07/2023
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
Share on FacebookShare on Twitter

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Samsung menggegarkan dunia teknologi ketika mengumumkan Galaxy Fold buat pertama kalinya. Samsung sekali lagi meletakkan garis tinggi untuk peranti lipat apabila menjadikan Galaxy Z Fold 3 kalis air IPx8.

Kini Samsung kembali dengan Galaxy Z Fold 5 yang dipertingkat prestasi, tetapi mengekalkan banyak rupa dan fungsi yang tersedia di Galaxy Z Fold 4. Ia juga lebih ringan dan nipis, serta lebih sedap dipegang kerana tidak lagi terlampau tebal. Apa lagi yang baru?



Dari luaran, Galaxy Z Fold 5 dilihat sama dan serupa dengan Galaxy Z Fold 4. Ini kerana ia masih menggunakan dua skrin yang serupa. Skrin di luar seluas 6.2-inci HD, DYnamic AMOLED 2X dengan kadar penyegaran dari 48Hz hingga 120Hz. Di dalam pula, skrin boleh lipatnya apabila dibuka seluas 7.6-inci, resolusi QXGA+ dan kadar penyegaran dari serendah 1Hz sehingga 120Hz.

Pembaharuan yang dibawa Samsung adalah dari segi fizikaliti. Apabila dilipat, Galaxy Z Fold 5 lebih nipis 2.4mm berbanding sebelumnya. Ia juga keseluruhannya lebih ringan 10 gram, hanya seberat 253 gram sahaja. Pengimbas capjari terletak di butang kuasa di sisi, masih tidak di dalam skrin.



Rekaan lipat juga lebih menarik kerana tiada lagi ruang kelihatan di antara skrin apabila dilipat. Ini menjadikannya jauh lebih selesa di dalam genggaman. Badannya diperbuat daripada besi Armour Aluminium yang teguh dan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 di skrin luar dan badan belakang. Ia juga kekal kalis air di tahap IPx8.

Kehebatan Galaxy Z Fold 5 lebih dirasai di ruangan perisian. Dengan antaramuka yang mirip komputer, ia kini boleh menjalankan 8 aplikasi serentak. 3 secara ‘snap’ di belakang dan 5 aplikasi terapung di hadapannya. Ruangan Taskbar di bawah dan tepi skrin, memudahkan pelancaran mana-mana aplikasi dengan mudah.

Semua prestasi tinggi ini digerakkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang sama digunakan di siri Galaxy S23. RAM pula datang standard sebesar 12GB dengan storan disediakan dari 256GB sehingga 1TB.

Terdapat lima kamera kesemuanya di Galaxy Z Fold 5. Tiga kamera di belakang adalah kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 10MP F2.4. Di skrin luar, lubang di dahi memuatkan kamera 10MP F2.2. Di dalam pula, kamera tersembunyi di belakang skrin menggunakan sensor 4MP F1.8.

Tenaga bateri dan pengecas tidak berubah. Bateri berkapasiti 4,400mAh dipasang ke dalam Galaxy Z Fold 5. Ia masih menyokong kuasa pengecas berwawayr 25W dan wayarles 15W, serta mampu mengecas wayarles berbalik. Tetapi kepala pengecas dijual berasingan.

Mungkin ramai yang kecewa kerana S Pen masih tiada di dalam Z Fold 5, seperti di Galaxy S23 Ultra. Tetapi Samsung menjadikan penambahan S Pen lebih mudah dengan sarung S Pen Slim yang dijual berasingan. S Pen yang nipis rata boleh disimpan rata di dalam sarung baru ini. Tiada lagi bonjolan S Pen yang menjengkelkan.

Samsung membawakan warna yang agak baru untuk Galaxy Z Fold 5 iaitu biru cair, hitam dan krim. Terdapat dua lagi warna eksklusif di laman web Samsung.com iaitu kelabu dan biru.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar lipat baru ini, layari laman web Samsung Galaxy Z Fold 5.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra Malaysia: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang
  • Samsung Galaxy Tab S9+ Malaysia: Naik taraf minimum, tapi ada IP68
  • Samsung Galaxy Tab S9 Malaysia: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar
Tags: Galay Z Fold 5samsungsamsung galaxy z fold 5
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air

Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air

26 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER