• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia (Julai 2023)

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:27 am
  • 26/07/2023
  • Komen
Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia (Julai 2023)
Share on FacebookShare on Twitter

Versi terbaharu artikel ini boleh anda temui dalam pautan di bawah:

Ini senarai terlengkap prabayar unlimited Internet 5G Malaysia berserta FUP disebaliknya




Kembali lagi kita ke senarai prabayar “tanpa had” untuk edisi separuh 2023. Kalau anda terlepas berita, dalam Januari 2023 lalu kami ada utuskan himpunan 8 telco yang tawarkan pelan prabayar “tanpa had” dan artikel ini adalah kemas kini terhadap artikel itu. Anda boleh rujuk artikel terdahulu dalam pautan di bawah.

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia



Seperti baisa, “tanpa had” bukanlah sepenuhnya tanpa had. Kebanyakan telco meletakkan kuota FUP keras. Tapi sebelum itu, sebab saya tetapkan paras RM50 adalah, kalau anda ada bajet lebih RM50 saya rasa anda boleh pertimbangkan pascabayar kerana nilainya lebih baik dalam kategori itu. Tapi kalau anda rasakan sebaliknya, kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen.

Celcom

Dalam edisi terdahulu, kita beroleh 6 pilihan bawah RM50 untuk Internet “tanpa had”, edisi kali ini juga ada 6 dengan beberapa perubahan kecil dilakukan Celcom.

Contohnya, pelan RM35 dan RM38 dilihat masih sama tetapi pelan RM40 kali ini adalah pelan RM43 yang telah dibuang akses iQIYI VIP. Kemudian, pelan RM50 yang lama telah naik harga kepada RM53 lantas terkeluar daripada parameter yang telah ditetapkan di awal artikel ini.

Kita ada dua pelan RM48/bulan. Harga sama, tapi kelajuan masing-masing berbeza pada 3Mbps dan 6Mbps. Bila kelajuan rendah, kelebihannya adalah pada akses iQIYI VIP.

Asasnya, pelan “tanpa had” celcom terbahagi kepada yang berkelajuan 3Mbps dan 6Mbps dan kesemuanya tertakluk kepada FUP sebanyak 60GB. Walau bagaimanapun, bergantung kepada pelan yang dilanggan, anda boleh tebus sehingga 10GB kuota berkelajuan tinggi daripada APP

Digi

Penawaran Digi masih sama seperti yang dilaporkan dalam edisi terdahulu. Pada langganan RM100/bulan, anda dapat capaian Internet 6Mbps dengan FUP pada paras 300MB.

Sumber

Kemudahan hotpost 10GB bila anda sertai pembaharuan automatik juga masih disediakan. Satu perkara baharu pada NEXT Unlimited 40 adalah pada pas yang boleh anda langgan. Ia terdiri daripada pas 1 hari ataupun 7 hari untuk capaian Internet berkelajuan sehingga 100Mbps pada angkaian 5G. Kuota tambahan 50% diberikan sehingga 30 September 2023.

Hotlink

Hotlink Prepaid Unlimited kini telah bertukar kepada Hotlink Prepaid 1.0. Penawaran pun sudah berubah dan lebih baik daripada sebelumnya. Harga yang ditawarkan masih kekal pada RM40/bulan dan RM50/bulan. Tapi, pelanggan kini menikmati kelajuan internet dua kali ganda iaitu masing-masing 6Mbps dan 12Mbps pada FUP masing-masing pada 80GB dan 100GB. Sekiranya terlangkau, kelajuan akan dihadkan kepada 512kbps.

Anda masih menerima manfaat panggilan suara tanpa had seperti sebelumnya tapi kemudahan kelajuan tanpa had antara 2 pagi hingga 2 petang pada penawaran lalu telah dihapuskan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

TuneTalk

TuneTalk ada penawaran baharu. Anda boleh pertimbangkan TuneTalk BestBasic 28 pada harga RM28/bulan. Dengannya, anda beroleh sambungan Internet 3Mbps dengan FUP sebanyak 30GB dan yang menariknya, anda boleh kongsi secara hotspot.

Anda juga terima kuota khas untuk WhatsApp, WeChat, dan Google Maps sebanyak 50GB. Jadi dia tak guna kuota Internet 3Mbps tadi bila anda bersembang guna WhatsApp. Kalau lebih, kelajuan turut kepada 512kbps.

Bersama-sama dengan sambungan Internet itu, anda juga beroleh akses panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan juga kredit IDD sebanyak RM5.

Dua lagi pelan Fokus sedia ada turut boleh anda pertimbangkan untuk bajet bawah RM50 tapi spesifikasinya agak pelik. Kedua-dua Fokus 33 dan Fokus 40 tawarkan kelajuan berbeza pada waktu bebeza. Contohnya Fokus 40 berikan capaian 12Mbps antara jam 9 pagi hingga 5 petang dan kelajuan jadi separuh selepas itu pada 6Mbps.

Begitu juga dengan Fokus 33 daripada 6Mbps jadi 3Mbps saja. Pelik betul.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

U Mobile

Daripada 3 pelan bawah RM50, U Mobile kini ada empat pelan. Berikut adalah 4 pelan bawah RM50/bulan yang boleh anda pertimbangkan:

  • U Mobile Prepaid U25
  • U Mobile Prepaid U35
  • U Mobile Prepaid U40
  • U Mobile Prepaid U50

Pelan terbaharu yang mereka perkenalkan adalah U Mobile Prepaid U50. Pelan ini tawarkan sambungan Internet berkelajuan 12Mbps, paling tinggi dalam penawaran U Mobile setakat ini. Anda boleh berhotspot dengan pelan ini dengan tambahan 3GB data berkelajuan tanpa had. FUP yang dikenakan adalah 100GB dan anda nikmati sambungan 5G tanpa had pada hari minggu.

Tiga lagi pelan sedia ada masih kekal pada harga masing-masing RM25, RM35, dan RM40. Tiga pelan tertinggi menerima akses 5G tanpa had pada hujung minggu manakala pelan termurah terima pas Internet berkelajuan tinggi 1 jam setiap hari. Lain-lain spesifikasi kekal sama seperti sebelumnya.

Unifi

Prabayar daripada Unifi kini dikenali sebagai Uni5G dan versi “tanpa had” Unifi adalah Uni5G Monthly Unlimited yang harganya sama saja macam pelan prabayar Bebas dulu iaitu RM35/bulan.

Satu perkara menarik adalah anda beroleh akses 4G dan 5G tanpa perlu bayaran tambahan. Kelajuan pun tidak dihadkan tapi tertakluk kepada FUP 60GB termasuklah hotspot sebanyak 5GB.

Panggilan suara adalah tanpa had. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Yes 5G

Penawaran Yes Prepaid FT5G Unlimited ada sedikit perubahan berbanding sebelumnya. Anda beroleh kuota hotspot lebih tinggi iaitu 12GB berbanding 9GB pada penawaran terdahulu. Lain-lain spesifikasi masih sama.

Prabayar FT5G Unlmited berharga RM30/bulan. Anda beroleh capaian Internet tanpa had FUP keras pada kelajuan 7Mbps bila bersambung kepada rangkaian 4G. Yang menariknya, kelajuan 5G tidak dihadkan jadi anda boleh melayari Internet pada kelajuan penuh disamping kuota hotspot sebanayk 12GB disediakan.

Anda juga boleh lakukan panggilan suara tanpa had menggunakan FT5G. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Yoodo

Telco yang kita tak tahu nasibnya masa depan dek penggabungan Celcom dan Digi. Itulah Yoodo. Dua pelan tanpa had sebelum ini tiada perubahan. Anda ada dua pilihan iaitu Yoodo Unlimited 3Mbps dan Yoodo Unlimited 6Mbps.

Seperti namanya, Unlimited 3Mbps anda beroleh akses 3Mbps dengan hotspot 6GB beserta panggilan suara 100minit pada harga RM35/bulan.

Pada harga RM43, anda boleh langgan pelan 6Mbps dengan semua manfaat lain kekal. Yoodo adalah satu-satunya telco dalam senarai ini yang tak beri panggilan tanpa had dan juga tak boleh hantar SMS langsung jika anda tak beli kuota SMS.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Kesimpulan

Kalau anda nak cari pelan tanpa had yang betul-betul tiada FUP, anda boleh pilih Yoodo. Untuk kategori yang ada FUP, Digi kenakan had paling tinggi iaitu 300GB. Kalau nak pelan dengan 5G terbaik, Uni5G dan Yes 5G adalah dua telco yang berikan sambungan tanpa had.

Tags: celcomdigihotlinktelcotunetalku mobileUnifiyes 5gyoodo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia (Julai 2023)

Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia (Julai 2023)

26 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER