• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 15 bukan Pro juga akan guna kamera 48MP, menurut pemerhati

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:06 am
  • 28/07/2023
  • Komen
Semua iPhone 12 ada kamera 12MP tapi kamera pada varian Pro Max ini, lain macam uniknya
Share on FacebookShare on Twitter

Pemerhati pasaran terkenal, Ming-Chi-Kuo, melaporkan yang iPhone 15 versi bukan pro turut akan menikmati manfaat kamera 48MP. Buat pengetahuan anda, pada siri iPhone 14 sekarang, hanya versi Pro sahaja yang menerima kamera utama 48MP dan menandakan penghijrahan keluar jenama itu daripada sensor 12MP yang mereka gunakan sejak sekian lama. Rentetan daripada itu, pengeluar cip terkenal, Sony, katanya telah mempertingkat kapasiti pengeluaran kepada sehingga 120% untuk memenuhi permintaan Apple.

Sensor 48MP yang digunakan Apple pada iPhone, secara fizikalnya lebih besar daripada sensor tradisional 12MP. Ia dilapor berukuran 1/1.7” berbanding 1/2.8”. Saiz sensor yang besar bermakna prestasi dalam persekitaran gelap yang lebih baik manakala bilangan piksel yang lebih tinggi diterjemah kepada gambar yang lebih tajam dalam persekitaran yang cukup cahaya.



Teknologi yang dipindah daripada iPhone varian tinggi ke rendah adalah sesuatu yang biasa. Contohnya, kita telah melihat penstabil imej berasaskan sensor-shift yang kita lihat pada iPhone 12 Pro telah dipindahkan ke iPhone 13 bukan Pro untuk jadikan kesemua barisan iPhone tahun untuk menikmati manfaat teknologi penstabil imej yang lebih baik.

Sekiranya anda mengikuti kalendar pelancaran iPhone oleh Apple, anda boleh jangkakan iPhone 15 diumumkan dalam bulan September 2023 nanti. iPhone baharu biasanya akan tiba dalam Suku 3 2023 kerana Suku 4 2023 adalah bermulanya tahun kewangan Apple dan mereka biasanya ingin memanfaatkan angka jualan iPhone untuk dimasukkan dalam laporan suku tahunan sebelum dilaporkan kepada pemegang-pemegang saham.



Berikut adalah tarikh pelancaran 6 iPhone terdahulu:

  • iPhone 14 – 16 September 2022
  • iPhone 13 – 24 September 2021
  • iPhone 12 – 13 November 2020
  • iPhone 11 – 20 September 2019
  • iPhone XS – 21 September 2018
  • iPhone X – 12 September 2017

Seumber: 9to5Google

Bacaan berkaitan

Rusia haramkan penggunaan iPhone untuk kakitangan kerajaan, kenapa?

iOS 17 Beta sudah tersedia untuk orang ramai, ini cara untuk pasang di iPhone

Kamera iPhone jauh lebih popular berbanding Android

Boleh gelak besar, sketsa pendek Google ini kongsikan kenapa Pixel lebih atas daripada iPhone

Tags: appleiphone 15mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Semua iPhone 12 ada kamera 12MP tapi kamera pada varian Pro Max ini, lain macam uniknya

iPhone 15 bukan Pro juga akan guna kamera 48MP, menurut pemerhati

28 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER