• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PMX Anwar sebut Starlink daripada Elon Musk lebih murah daripada 5G. Betulkah?

  • OLEH Najib
  • 2:28 pm
  • 28/07/2023
  • Komen
Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Internet di Malaysia boleh dinikmati secara mudah alih menerui rangkaian 4G atau 5G, serta sambungan jalur lebar tetap menggunakan kabel fiber atau kuprum. Sudah pasti, jalur lebar tetap menawarkan internet yang lebih berbaloi kerana ia bukan sahaja lebih murah, tetapi tiada had kuota dikenakan. Bagaimanapun, 4G atau 5G adalah penyelesaian kedua terbaik boleh didapati di Malaysia selepas jalur lebar tetap.

Tetapi pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin sedikit berbeza mengenai kos dan kecekapan internet yang ada di Malaysia. Sebelum ini, kerajaan Malaysia dilaporkan telah menempah 40 unit internet satelit daripada Starlink untuk digunakan di sekolah dan universiti.



View this post on Instagram

A post shared by Jason Yew (@jasonyew_)

Dalam klip video yang dikongsi ini, Anwar berkata dengan kekuatan Kerajaan Perpaduan, Elon Musk telah meminta padanya untuk mengadakan persidangan video. Banyak yang dibincangkan dalam persidangan video tersebut, termasuk Tesla dan Starlink.

Anwar juga menyebut, kalau di Sekinchan tiada internet, boleh pasang Starlink di atas bumbung dan ia boleh memberi liputan internet di kawasan sekitar. Tak perlu pasang 5G yang mahal-mahal, yang banyak di bandar-bandar. Di luar bandar dan sekolah-sekolah, Starlink diperlukan.



Tetapi, adakah benar internet satelit oleh Starlink ini lebih murah daripada 5G? Mari kita semak.

Jalur lebar wayarles 5G dari serendah RM68/bulan

Sudah ada beberapa telco menawarkan jalur lebar wayarles 5G di Malaysia. Di Yes 5G, pelan “Jalur Lebar Tanpa Wayar Yes 120Mbps” mereka berharga RM148/bulan dengan kontrak selama 2-tahun. Malah, Yes memberi diskaun menjadi RM99/bulan untuk 6-bulan pertama. Pelan ini memberikan Router 5G dengan WiFi 6 percuma bersama kontrak.

Di U Mobile pula, pelan U Home 5G menyediakan internet 5G “tanpa had” pada harga RM68/bulan. Tetapi ia dikenakan polisi penggunaan saksama (FUP) sebanyak 1TB. Jika perlu lebih data berkelajuan tinggi, boleh mendapatkan tambahan 1TB pada harga RM30 sahaja. Pelan U Mobile ini tiada kontrak kerana ia tidak memberi router 5G percuma dan pengguna perlu membelinya sendiri.

Pada waktu artikel ini ditulis, rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) telah mencapai 64.7% liputan di kawasan berpenduduk pada akhir Jun 2023. Dalam peta liputan DNB, terdapat liputan 5G di Sekinchan. Peta liputan Unifi juga menunjukkan adanya liputan fiber TM di sana.

Starlink lebih mahal, sangat mahal

Internet satelit memberi liputan 100% kerana pancaran dari langit, menyediakan sambungan di tempat yang sukar ditembusi rangkaian fiber atau 4G/5G. Tetapi harga langganannya jauh lebih mahal.

Baru-baru ini, Starlink telah mengemaskini tawaran mereka dan membuka langganan untuk pengguna di Malaysia. Harga pelan standardnya RM220/bulan dan ia menawarkan dua jenis kit sekali beli. Kit Standard berharga RM2,300 manakala kit High Performance yang lebih tahan lasak dan luas liputan, berharga RM11,613.

Tentang kelajuan pula, Starlink menyatakan ia boleh memberikan muat turun sekitar 25-100Mbps untuk pelan Standard. Manakala muat naik sekitar 5-10Mbps. Starlink juga menyatakan ia mengenakan FUP, tetapi tiada had untuk pelan Standard.

Walaupun kelajuannya nampak tidak jauh berbeza daripada 4G, harga pelan bulanan dan pemasangan kali pertama berkali ganda jauh lebih mahal daripada 4G. Apatah lagi jika dibandingkan dengan pelan jalur lebar tetap atau 5G di Malaysia.

Malaysia harus fokus kepada akses fiber yang mampu milik

Selepas tamatnya fasa pertama JENDELA, lebih ramai rakyat Malaysia menikmati akses ke jalur lebar tetap berkelajuan tinggi kerana sudah ada lebih 7.74 juta premis disambung ke rangkaian fiber. Mungkin harga masih membuatkan ramai tidak belum melanggannya, tetapi kerajaan boleh menurunkan harga dengan banyak menerusi inisiatif RAHMAH.

Berbanding memberikan pelan jalur lebar tetap murah hanya untuk segelintir kumpulan, semua rakyat Malaysia boleh menikmati jalur lebar lebih murah atau kelajuan lebih pantas jika Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) lebih rendah yang diumumkan pada 1 Mac 2023, dikuatkuasakan segera. Seperti yang dimaklumkan SKMM, penurunan harga dijangka hanya akan berlaku selepas September 2023.

[Sumber: Instagram]

Bacaan Berkaitan

  • Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu
  • UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi
  • SKMM beri lampu hijau untuk Starlink beroperasi di Malaysia, apa syaratnya?
  • Starlink terima pengecualian khas kerajaan untuk masuki Malaysia, kenapa?
  • Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps
Tags: 5g malaysiaAnwar IbrahimDNBSKMMStarlink
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu

PMX Anwar sebut Starlink daripada Elon Musk lebih murah daripada 5G. Betulkah?

28 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER