• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps

  • OLEH Najib
  • 11:54 am
  • 25/07/2023
  • Komen
Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia kini boleh melanggan internet satelit yang disediakan oleh Starlink. Perkara ini dapat dilihat di laman web rasmi Starlink di mana Malaysia kini termasuk dalam senarai perkhidmatan Starlink telah tersedia, di samping Filipina dan Singapura di Asia Tenggara. Perkara ini pastinya terjadi selepas Perdana Menteri mengumumkan tempahan 40 unit Starlink untuk kegunaan sekolah dan IPT di Malaysia.

Harga langganan Starlink

Semakan di laman web rasmi Starlink menunjukkan, hanya satu pelan langgan disediakan untuk Malaysia iaitu pelan Standard berharga RM220/bulan. Tetapi ada dua pilihan untuk pembelian perkakas iaitu RM2,300 untuk kit Standard dan RM11,613 bagi kit High Performance.



Kit High Performance memberikan perkakas yang lebih tahan lasak terutama di waktu hujan, serta mampu menyediakan kepantasan lebih baik. Di samping itu, ia juga boleh menerima capaian satelit lebih baik daripada kit Standard. Kedua-dua kit Standard dan High Performance memiliki piring satelit yang mampu bergerak sendiri. Ia juga disertakan router WiFi 5 dwi-jalur MIMO 3×3.

Tentang kelajuan internet, pelan Standard (RM220/bulan) menyediakan kelajuan muat turun sekitar 25 ke 100Mbps, dan kelajuan muat naik 5 ke 10Mbps. Tahap kependaman pula sekitar 25 ke 60 ms. Kelajuan sebegini hampir sama dengan kelajuan 4G. Pelan Standard ini dikatakan tiada had kuota tetapi tertakluk kepada polisi penggunaan saksama (FUP).



Jika anda berminat untuk melanggan Starlink, boleh berbuat demikian dengan mendaftar di laman web Starlink.

Starlink is now available in Malaysia, marking the 60th country around the world where Starlink can provide high-speed internet connectivity → https://t.co/G1myzWJQ6j 🛰️🇲🇾 pic.twitter.com/0MhynAUrJA

— Starlink (@Starlink) July 25, 2023

Di Singapura, Starlink hanya boleh dilanggan untuk kegunaan perniagaan. Ini menjadikan Malaysia negara kedua ia ditawarkan untuk pengguna biasa, selepas Filipina.

Bacaan Berkaitan

  • UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi
  • SKMM beri lampu hijau untuk Starlink beroperasi di Malaysia, apa syaratnya?
  • Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu
Tags: Starlink
Najib

Najib

POPULAR

Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia

Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps

25 July 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN