• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmagic 8S Pro, telefon gaming paling berkuasa di dunia akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 31/07/2023
  • Komen
Redmagic 8S Pro, telefon gaming paling berkuasa di dunia akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada peminat permainan video di telefon pintar, salah satu jenama yang pastinya menjadi idaman ramai adalah RedMagic. Awal tahun ini, mereka telah melancarkan telefon gaming RedMagic 8 Pro dengan kuasa Snapdragon 8 Gen 2. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan versi baharu yang dikemaskini dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version, dikenali sebagai RedMagic 8S Pro.

RedMagic 8S Pro telah dilancarkan di pentas antarabangsa pada 18 Julai lepas. Kini RedMagic memaklumkan, ia akan dilancar di Malaysia pada minggu ini, hari Khamis 3 Ogos 2023.



Harga RedMagic 8S Pro

Di pelancaran antarabangsa, Redmagic 8S Pro diumumkan dengan harga yang serupa dengan RedMagic 8 Pro ketika pelancaran sebelum ini. Jika begitu, kita boleh menjangkakan harga yang sama juga akan diumum di Malaysia kelak iaitu:

  • RedMagic 8 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • RedMagic 8 Pro (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,299

Jika harga RedMagic 8S Pro tidak berubah di Malaysia, pastinya harga RedMagic 8 Pro akan diturunkan. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya pada 3 Ogos ini. Sementara itu, anda boleh saksikan ulasan kami tentang RedMagic 8 Pro di bawah ini. Semak juga perbandingan kami antara RedMagic 8 Pro dan ROG Phone 7 Pro di sini.



Spesifikasi RedMagic 8S Pro

Boleh dikatakan, tiada perbezaan antara RedMagic 8S Pro dan RedMagic 8 Pro, selain daripada cip yang ditukar daripada Snapdragon 8 Gen 2 kepada Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version. Cip ini juga hanya digerakkan lebih pantas, teras utama Cortex-X3 berkelajuan 3.36Ghz berbanding 3.2Ghz, serta kelajuan GPU Adreno menjadi 719MHz daripada 680MHz. Menurut RedMagic, penggunaan cip Leading Version memberikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 5% dan GPU sebanyak 5.7%.

Perkakas lain masih serupa. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB serta storan dalaman UFS4.0 sehingga 512GB. Kapasiti bateri juga kekal 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W menerusi USB-C.

Skrinnya berukuran 6.8-inci, jenis AMOLED FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan puncaknya mencecah 1,300nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Kipas RGB terbina di dalam juga masih ada, mampu berputar sehinga 20,000 RPM. Selain itu, ia juga ada butang bahu sentuh 520hz dan dihiasi lampu RGB yang boleh diubahsuai.

Kamera belakang kekal tiga iaitu kamera utama 50MP F1.88, kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan juga diletakkan tersembunyi di belakang skrin, menggunakan sensor 16MP F2.0. Ini memberikan pengalaman skrin penuh tanpa takuk dan lubang.

Bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di bawah dan atas telefon. Jek audio 3.5mm juga dikekalkan jika masih ada yang mahu menggunakannya. Sistem operasi RedMagic OS 8.0 berasaskan Android 13 digunakan pada Redmagic 8S Pro.

dari kiri: Platinum, Midnight dan Aurora

Jika dahulu ia datang dalam pilihan warna Matte, Void dan Titanium, untuk RedMagic 8S Pro nama warna ini ditukar kepada Midnight, Platinum dan Aurora. Midnight dan Platinum membawakan kemasan seakan besi di belakang. Manakala Aurora memiliki badan belakang separa lutsinar dan kipas RGB yang lebih jelas kelihatan.

[Sumber: Redmagic Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • RedMagic 8 Pro akan dijual di Malaysia dengan diskaun RM800
  • [REVIU] RedMagic 7S Pro, telefon gaming paling sejuk menentang Asus ROG Phone 6 Pro
  • RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei
Tags: RedMagicRedMagic 8S Protelefontelefon gaming
Najib

Najib

POPULAR

Redmagic 8S Pro, telefon gaming paling berkuasa di dunia akan tiba di Malaysia

Redmagic 8S Pro, telefon gaming paling berkuasa di dunia akan tiba di Malaysia

31 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER