• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tahukah anda tentang Baikal-S, cip pemproses 48 teras hasilan Russia?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:43 pm
  • 01/08/2023
  • Komen
Tahukah anda tentang Baikal-S, cip pemproses 48 teras hasilan Russia?
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda yang Russia ada mengeluarkan cip pemproses? Baikal Electronics mengumumkan yang mereka berjaya membangunkan CPU untuk pelayan, Baikal-S, dan telahpun melakukan beberapa ujian perbandingan prestasi dengan cip pesaing yang setara.

Baikal-S dibangunkan menggunakan teknoogi 16nm, menampilkan 48 teras ARM Cortex-A75, 6 saluran DDR4 3200Mhz dan turut menyokong virtualization. Cip pesaing yang dibandingkan oleh pengeluarnya adalah seperti Intel Xeon Gold 6230 (2019) dan Huawei Kunpeng 920 (2019).



Sebenarnya Baikal-S lebih mirip Kunpeng 920 kerana kedua-duanya menggunakan asas ARM berbanding Intel Xeon yang gunakan X86 sebagai asas. Beberapa ujian telah mereka jalankan ke atas cip-cip ini.

Dalam ujian CoreMark Benchmark, mereka dapati yang Huawei Kunpeng 920 mencatatkan skor 22.9% lebih tinggi manakala Intel Xeon Gold 6230 jauh lebih baik daripada kedua-dua cip tadi.



Satu lagi hasil ujian yang menarik untuk diperhatikan adalah Geekbench 5. Mereka lakukan ujian dalam kategori ekateras dan multiteras. Untuk ujian ekateras, Baikal-S adalah yang paling perlahan dalam kalangan cip-cip tersebut tapi dalam ujian multiteras, ia mencatatkan skor sekurang-kurangnya 80% lebih tinggi berbanding Intel Xeon. Ia tidaklah mengejutkan kerana Baikal-S mempunyai 3 kali ganda lebih banyak teras pemproses berbanding pesaing Intelnya itu.

Walaupun skor-skor yang dicatatkannya bukanlah sesuatu yang “wow”, namun menurut Baikal Electronic ia adalah pencapaian yang perlu dibanggakan. Untuk pengetahuan anda, mereka beroperasi disebalik sekatan A.S sehingga tahun 2013 dan sejurus sekatan diangkat, barulah mereka boleh bekerjasama dengan ARM Ltd. untuk membangunkan cip berasaskan teknologi ARM.

Baikal-S dihasilkan oleh kilang TSMC yang terletak di Taiwan.

Sumber: CNews

Tags: armbaikal-srussiasemikondutor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tahukah anda tentang Baikal-S, cip pemproses 48 teras hasilan Russia?

Tahukah anda tentang Baikal-S, cip pemproses 48 teras hasilan Russia?

1 August 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN