• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

Amazfit Bip 5, jam tangan kecergasan termurah dengan speaker dan mikrofon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:10 pm
  • 02/08/2023
  • Komen
Amazfit Bip 5, jam tangan kecergasan termurah dengan speaker dan mikrofon
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit tak henti-henti lancarkan produk baharu. Selepas Amazfit Cheetah, pengeluar produk penjejak kesihatan itu melancarkan Amazfit Bip 5 pula. Siri Bip buat pengetahuan anda adalah barisan gelang tangan penjejak aktiviti termurah daripada jenama itu dan harganya biasa lebih rendah berbanding jenama lain.

Bermula di bahagian muka, Amazift Bip 5 ada skrin besar 1.91” peka sentuhan daripada panel LCD TFT. Pada resolusi 320 x 380, skrin ini lebih besar berbanding Bip 3 dulu yang ada skrin 1.69”. Muka jam tangan boleh ditukar ganti melalui aplikasi Zepp. Sebanyak lebih 70 jenis rekaan boleh dipilh tapi kalau tak cukup, anda boleh muat naik gambar sendiri melalui aplikasi itu untuk digunakan sebagai gambar latar.



Ciri paling menonjol Bip 5 tentulah pada kehadiran speaker dan mikrofon. Apabila jam tangan bersambung kepada telefon melalui sambungan Bluetooth 5.2 BLE, anda boleh menjawab panggilan telefon terus daripada pergelangan tangan. Panggilan keluar juga boleh dibuat dengan mendail nombor yang diingini menggunakan skrin Bip 5.

Mikrofon juga akan digunakan untuk mendengar arahan suara. Amazfit Bip 5 menyokong pembantu maya Amazon Alexa sahaja, tiada sokongan Google Assistant seperti semua produk-produk Amazfit yang lain.



Menggunakan sensor-sensor seperti BioTracker PPG Biometric, akselerometer, dan GPS, Amazfit Bip 5 mampu menjejak lebih 120 jenis sukan. Ia juga cukup bijak untuk mula menjejak beberapa aktiviti secara automatik. Bila berada di luar sesi senaman, ia masih boleh menjejak degupan jantung secara terus menerus dan apabila perlu, ia juga boleh pantau tahap tekanan dan ketepuan oksigen dalam darah.

Satu bateri penuh Amazfit Bip 5 memberikan waktu guna sehingga 10 hari dengan kegunaan kasual. Walaupun dengan penggunaan lasak sekalipun, ia masih mampu beroperasi selama 5 hari. Ada juga mode penjimatan bateri yang berikan waktu guna sehingga 26 hari lamanya.

Amazfit Bip 5 akan mula dijual 5 Ogos 2023 ini pada harga RM329. Ada promosi pembelian awal berlangsung antara 5 hingga 8 Ogos 2023 iaitu 200 unit pertama di Shopee dijual pada harga RM319 sahaja.

Beli Amazfit Bip 5 di Shopee
Beli Amazfit Bip 5 di Lazada

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Amazfit Cheetah berharga RM999, mula ditawarkan pada 5 Julai 2023

T-Rex Ultra, penjejak aktiviti paling canggih Amazfit ditawarkan pada RM1,899

Tags: amazfitamazfit bip 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Amazfit Bip 5, jam tangan kecergasan termurah dengan speaker dan mikrofon

Amazfit Bip 5, jam tangan kecergasan termurah dengan speaker dan mikrofon

2 August 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN