• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 8S Pro dilancar di Malaysia, harga kekal sama dan naik taraf Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version

  • OLEH Najib
  • 7:34 pm
  • 03/08/2023
  • Komen
RedMagic 8S Pro dilancar di Malaysia, harga kekal sama dan naik taraf Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dijanjikan, RedMagic Malaysia hari ini melancarkan telefon gaming baru yang lebih berkuasa, RedMagic 8S Pro. Ia adalah telefon pintar pertama di Malaysia yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen Leading Version, lebih hebat dan lebih pantas berbanding versi biasa.

Harga dan Promosi

Walaupun dilancar hari ini, telefon pintar RedMagic 8S Pro akan dijual di Malaysia mulai 14 Ogos 2023 di Shopee dan Stor Online RedMagic Malaysia. Menariknya, harga untuk RedMagic 8S Pro tidak berubah berbanding RedMagic 8 Pro untuk model rendah, tetapi ada sedikit kenaikan untuk model teratas sebanyak RM200 iaitu:



  • RedMagic 8S Pro Midnight (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • RedMagic 8S Pro Platinum (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499
  • RedMagic 8S Pro Aurora (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499

Tiada tempahan awal dibuka untuk meraikan pembeli awal, tetapi ada promosi yang menyediakan hadiah bernilai RM100. RedMagic Malaysia akan mengadakan kempen di Instagram dari 5 hingga 14 Ogos 2023, memberikan baucar RM100 setiap hari secara rawak.

Caranya mudah. RedMagic akan memuat naik Story di Instagram bersama undian interaktif. Keesokannyam, seorang pemenang akan dipilih secara rawak daripada jawapan di undian. Baucar RM100 itu hanya boleh digunakan di Stor Online RedMagic Malaysia.



Spesifikasi RedMagic 8S Pro

Boleh dikatakan, tiada perbezaan antara RedMagic 8S Pro dan RedMagic 8 Pro, selain daripada cip yang ditukar daripada Snapdragon 8 Gen 2 kepada Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version. Cip ini juga hanya digerakkan lebih pantas, teras utama Cortex-X3 berkelajuan 3.36Ghz berbanding 3.2Ghz, serta kelajuan GPU Adreno menjadi 719MHz daripada 680MHz. Menurut RedMagic, penggunaan cip Leading Version memberikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 5% dan GPU sebanyak 5.7%.

Perkakas lain masih serupa. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB serta storan dalaman UFS4.0 sehingga 512GB. Kapasiti bateri juga kekal 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W menerusi USB-C.

Skrinnya berukuran 6.8-inci, jenis AMOLED FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan puncaknya mencecah 1,300nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Kipas RGB terbina di dalam juga masih ada, mampu berputar sehinga 20,000 RPM. Selain itu, ia juga ada butang bahu sentuh 520hz dan dihiasi lampu RGB yang boleh diubahsuai.

Kamera belakang kekal tiga iaitu kamera utama 50MP F1.88, kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan juga diletakkan tersembunyi di belakang skrin, menggunakan sensor 16MP F2.0. Ini memberikan pengalaman skrin penuh tanpa takuk dan lubang.

Bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di bawah dan atas telefon. Jek audio 3.5mm juga dikekalkan jika masih ada yang mahu menggunakannya. Sistem operasi RedMagic OS 8.0 berasaskan Android 13 digunakan pada Redmagic 8S Pro.

dari kiri: Platinum, Midnight dan Aurora

Jika dahulu ia datang dalam pilihan warna Matte, Void dan Titanium, untuk RedMagic 8S Pro nama warna ini ditukar kepada Midnight, Platinum dan Aurora. Midnight dan Platinum membawakan kemasan seakan besi di belakang. Manakala Aurora memiliki badan belakang separa lutsinar dan kipas RGB yang lebih jelas kelihatan.

Anda boleh semak ulasan kami tentang model lama RedMagic 8 Pro di sini, dan perbandingannya bersama ROG Phone 7 di sini.

Bacaan Berkaitan

  • RedMagic 8 Pro akan dijual di Malaysia dengan diskaun RM800
  • [REVIU] RedMagic 7S Pro, telefon gaming paling sejuk menentang Asus ROG Phone 6 Pro
  • RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei
Tags: RedMagicRedMagic 8S Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
RedMagic 8S Pro dilancar di Malaysia, harga kekal sama dan naik taraf Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version

RedMagic 8S Pro dilancar di Malaysia, harga kekal sama dan naik taraf Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version

3 August 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER