• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM jelaskan kenaikan harga dua pelan Unifi

  • OLEH Najib
  • 11:34 am
  • 07/08/2023
  • Komen
Selepas SKMM dan Menteri, TM juga berharap pakej internet lebih baik diperkenal bulan September
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, ada laporan menyatakan bahawa Telekom Malaysia (TM) telah menaikkan harga pelan jalur lebar tetap, Unifi. Terdapat dua pelan yang terlibat iaitu pelan 1Gbps dan 2Gbps. Kedua-dua pelan yang paling mahal ini, kini menjadi lebih mahal.

Semasa dilancarkan pada bulan April lepas, pelan Unifi 1Gbps boleh dilanggan berharga RM349 manakala pelan Unifi 2Gbps pula RM399. Ini adalah harga yang diberikan diskaun RM60 daripada harga asal, sebagai promosi awal.



Kini, pelan Unifi 1Gbps dikenakan bayaran RM378.90 dan pelan Unifi 2Gbps pula RM428.90. Ia merupakan kenaikan hampir RM30 daripada harga pelancaran dahulu.

Harga terbaru pelan Unifi

Dalam kenyataan rasmi TM, mereka kini menawarkan pelan yang lebih berbaoi kepada pengguna. Ini untuk meningkatkan lagi pengalaman berinternet, termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi serta kandungan penstriman dan saluran TV yang pelbagai.



Dengan penambahan Netflix yang baru sahaja diumumkan, pelan Unifi 1Gbps dan 2Gbps kini mengandungi pek Unifi TV Ultimate Max. Ia menyediakan akses kepada 10 platform penstriman termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, Viu dan iQiyi, serta lebih 70 saluran tv premium.

Pek Unifi TV Ultimate baru dengan Netflix

Ringkasnya, TM melancarkan promosi baru tetapi pada harga lebih tinggi kerana kemasukan Netflix. Tambahan RM30 ini adalah untuk pek Unifi TV Ultimate Max bersama Netflix Standard.

Walaubagaimanapun, TM memaklumkan orang ramai masih boleh melanggan pelan Ultra dengan harga promosi sebelum ini, tanpa Netflix. Tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan pergi ke mana-mana Kedai Unifi di seluruh negara.

Jika anda berminat untuk melanggan pelan Unifi 1Gbps atau 2Gbps tanpa Netflix dan lebih murah, anda kena pergi ke kedai fizikal. Tetapi jika anda tidak kisah bayar mahal sikit atau mahukan Netflix, maka bolehlah mendaftar menerusi laman web Unifi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan dan tawaran jalur lebar di rumah oleh TM, layari laman web Unifi Fibre Broadband.

Bacaan Berkaitan

  • Unifi mula tawarkan pelan 1Gbps dan 2Gbps, harga bermula RM349/bulan
  • Unifi TV sudah ada Netflix, perkenal 2 pek baru dengan harga promosi
  • Netflix boleh dipasang di Unifi Plus Box sekarang, setelah disekat sekian lama
Tags: TMUnifiUnifi 1GbpsUnifi 2gbps
Najib

Najib

POPULAR

Selepas SKMM dan Menteri, TM juga berharap pakej internet lebih baik diperkenal bulan September

TM jelaskan kenaikan harga dua pelan Unifi

7 August 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN