• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A58 dilancar, telefon a-volusi berkualiti dengan cip Helio G85 dan pengecas SuperVOOC

  • OLEH Najib
  • 12:17 pm
  • 09/08/2023
  • Komen
Oppo A58 dilancar, telefon a-volusi berkualiti dengan cip Helio G85 dan pengecas SuperVOOC
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan telefon pintar mampu milik yang baru, Oppo A58. Dengan tema ‘A-volution Berkualiti Untuk Semua’, Oppo A58 membawakan ciri-ciri berkualiti walaupun untuk telefon pintar yang murah.

Antara kualiti yang ditampilkan pada Oppo A58 adalah kuasa pengecas SuperVOOC, paparan HD Penuh serta bateri yang besar. Semua ini dimuatkan ke dalam sebuah telefon pintar pada harga di bawah RM700.



Harga dan Tarikh Jualan

Orang ramai boleh mula membeli Oppo A58 hari ini, secara atas talian di Stor Online Oppo Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Selain itu, ia juga terdapat di semua pengedar sah Oppo di kedai fizikal dan kedai atas talian.

Harga rasmi Oppo A58 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Oppo A58 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM699

Pembeli terawal Oppo A58 atas talian, turut akan menerima hadiah percuma berupa sebuah mug seramik Oppo.

Spesifikasi Oppo A58

Walaupun harganya murah, Oppo A58 dilengkapi prestasi kelas pertengahan. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G85, yang menggunakan CPU 8-teras (2x Cortex-A75 2GHz + 6x Cortex A55 1.8GHz) serta GPU Mali-G52 1GHz. Prestasi ini digabungkan bersama RAM LPDDR4X sebanyak 6GB dan boleh ditambah secara maya sebanyak 6GB, menjadikan jumlah RAM boleh guna kepada 12GB. Storannya jenis eMMC 5.1 seluas 128GB dan menerima kad mikroSD untuk menambah ruang storan dalaman.

Paparan agak besar digunakan pada Oppo A58, seluas 6.72-inci jenis LCD LTPS dengna resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz. Ia memiliki kecerahan setinggi 550 nits dan kecerahan puncak 680 nits. Pengimbas capjari ada di sisi telefon, bergabung dengan butang kuasa.

Sistem dwi-kamera terdapat di belakang, gandingan kamera utama 50MP F1.8 dan kamera mono 2MP F2.4. Di hadapan, ia menggunakan kamera 8MP F2.0 yang terletak di dalam lubang kecil di bahagian atas.

Hayat panjang Oppo A58 disumbang oleh bateri 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W menerusi USB-C. 30 minit mengecas boleh mengisi dari 0% ke 52%.

Menambah pengalaman menarik di Oppo A58 adalah sistem bunyi stereo yang dihasilkan dua pembesar suara. Jika tidak mencukupi, ia masih menyediakan jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.

Oppo A58 dilengkapi sistem operasi ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Terdapat dua warna disediakan sebagai pilihan, antara hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A58.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A78 5G: RM999 anda dapat 5G dan RAM 8GB, tapi SoC diturun taraf
  • Oppo A98 tampil dengan pengecas 67W, kamera mikroskop 40x dan skrin LCD 120Hz
  • Oppo Reno 8T 5G & 4G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo A58
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A58 dilancar, telefon a-volusi berkualiti dengan cip Helio G85 dan pengecas SuperVOOC

Oppo A58 dilancar, telefon a-volusi berkualiti dengan cip Helio G85 dan pengecas SuperVOOC

9 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER