• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Nothing Phone 2 hadapi isu kualiti gambar pada kemas kini OS terbaru

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:24 pm
  • 09/08/2023
  • Komen
Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing telah melancarkan telefon generasi terbaru mereka iaitu Nothing Phone 2 pada bulan Julai lalu. Sementara ia ada prestasi kamera yang cukup bagus, beberapa pengguna kini berhadapan dengan beberapa isu setelah mengemas kini telefon itu pada kemas kini OS terbaru Nothing OS 2.0.2.

Menurut perkongsian oleh pengguna Twitter @Pmpkphotoworks, kemas kini tersebut mengakibatkan kamera di Nothing Phone 2 mengalami prestasi HDR yang teruk, menghasilkan gambar yang pudar, gagal mengekalkan bayang-bayang serta menjadikan warna kulit tidak sekata.



Nothing OS 2.0.2 has degraded the Phone (2)'s camera quality. Have a look 👇

– HDR performance has become much worse (1st Pic)
– Photos look very bland (2nd Pic)
– Fails to retain shadows properly (3rd Pic)
– Uneven skin tone brightening (4th Pic)

Quick software updates are… pic.twitter.com/vKHiL9bysg

— Parth Monish Kohli (@Pmkphotoworks) August 7, 2023

Tambah pelik kerana kemas kini terbaru Nothing OS 2.0.2 yang dikeluarkan memfokuskan penambahbaikan pada bahagian kamera. Malah, menurut maklumat kemas kini yang dikeluarkan oleh Nothing, ia sepatutnya memberikan gambar yang lebih baik menggunakan sistem dwi kameranya.

Berikut adalah senarai penambahbaikan pada bahagian kamera dalam kemas kini:



  • Kejelasan gambar dipertingkat dalam mod 50MP
  • Kestabilan dan kontra yang dioptimumkan apabila merakam video
  • Kualiti gambar lebih baik dalam cahaya malap
  • Memperbaik kontras gambar dan kesan Bokeh dalam Mod Potret
  • Mengoptimumkan kejelasan wajah semasa merakam dalam Mod Potret
  • Kelajuan pemprosesan HDR yang lebih pantas

We're rolling out Nothing OS 2.0.2 software update.

Prioritising the camera, our latest OS update makes interactions with your device even smoother.

We’re constantly working behind the scenes to make your experience as smooth and efficient as possible. pic.twitter.com/UKLrvrr9X1

— Nothing (@nothing) August 4, 2023

Selain itu, kamera hadapan turut menerima beberapa penambahbaikan dalam kemas kini ini. Tapi nampaknya ia hanya memberi kesan kepada kamera belakang kerana perkongsian itu tidak melibatkan sebarang kamera hadapan.

Walau bagaimanapun, satu lagi perkongsian oleh pengguna Twitter @ShishirShelke1 mendapati hasil yang cukup berbeza. Sampel gambar yang diambil olehnya menunjukkan naik taraf seperti yang didakwa oleh Nothing. Anda boleh lihat sampel gambar menerusi ciapan di bawah.

Nothing Phone (2) – OS 2.0.2
Detailed Review

Nothing rolled out the OS 2.0.2 update for Phone (2) yesterday, with a huge changelog including camera, stability, haptics and many other improvements.

Let's find out if the update brought any changes or not ⬇️

A thread 🧵 (1/10) pic.twitter.com/mKD0icM0ph

— Shishir (@ShishirShelke1) August 5, 2023

Jadi kemas kini ini tidak secara keseluruhan memberi kesan buruk. Setakat ini, Nothing masih belum mengeluarkan apa-apa respon terhadap isu ini. Tapi Nothing sememangnya sebuah jenama yang responsif akan maklum balas pengguna. Jadi pasukan mereka mungkin akan menangani isu kamera ini dalam masa terdekat.

[Sumber: GizmoChina]

Bacaan berkaitan

  • Nothing lancar subjenama baharu “CMF by Nothing”
  • Fon putik dan pengecas percuma bernilai lebih RM500 untuk pembeli terawal Nothing Phone (2) dengan Yes 5G
  • Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia
Tags: Nothingnothing phone (2)
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia

Pengguna Nothing Phone 2 hadapi isu kualiti gambar pada kemas kini OS terbaru

9 August 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN