• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna baru Matahari untuk Redmi Note 12 tiba dengan harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 2:11 pm
  • 09/08/2023
  • Komen
Warna baru Matahari untuk Redmi Note 12 tiba dengan harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar siri Redmi Note 12 merupakan model yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ia dilancarkan pada bulan April tahun ini dan hadir dalam pelbagai variasi serta sokongan 4G atau 5G.

Kini Xiaomi Malaysia menambah satu lagi varian ke pasaran tempatan, tetapi dengan warna baharu yang dipanggil Sunrise Gold. Malah, ia juga dijual pada harga baru yang lebih murah.



Harga Redmi Note 12 Sunrise Gold

Warna baharu Sunrise Gold kini menyertai warna sedia ada di Redmi Note 12 iaitu kelabu, hijau dan biru. Ia telah mula dijual di Malaysia sekarang dengan harga RM100 lebih murah berbanding pelancaran dahulu iaitu:

  • Redmi Note 12 Sunrise Gold (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899 RM799

Kepada yang berminat memilikinya, boleh dapatkan Redmi Note 12 Sunrise Gold di kedai fizikal Xiaomi Store di seluruh negara, serta atas talian di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Redmi Note 12 Sunrise Gold

Redmi Note 12 adalah varian terendah dalam keluarga Redmi Note 12. Ia juga tidak menyokong 5G kerana menggunakan cip Snapdragon 685 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan dalaman UFS2.2 sehingga 256GB. Kad mikroSD sehingga 1TB diterima untuk menambah ruang storan.

Xiaomi mengenakan skrin AMOLED untuk semua siri Redmi Note 12. Bagi varian terendah ini, ia dipasang skrin AMOLED 6.67-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahannya setinggi 700nits dengan kecerahan puncak mencecah 1,200nits. Pengimbas capjari tiada dalam skrin, sebaliknya ada di dalam butang kuasa di sisi.

Sistem tiga kamera terdapat di belakangnya, gabungan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Lubang kecil di dahi skrin pula memuatkan kamera hadapan 13MP F2.45.

Bateri 5,000mAh terdapat di dalam Redmi Note 12 dan ia menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C. Kabel dan kepala pengecas 33W ada disertakan di dalam kotak.

Sistem bunyinya hanya mono tetapi ia ada jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar. Pemancar infra merah juga ada, seperti yang selalu terdapat di hampir semua telefon pintar Xiaomi.

Redmi Note 12 dilengkapi sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi Note 12.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659
  • Redmi Note 12 5G Malaysia: RAM 8GB, storan 256GB, dan bateri 5,000mAh pada RM1,099
  • Redmi Note 12S : Sesuai untuk anda yang ada bajet bawah RM1,000 untuk telefon
Tags: mobileredmi note 12xiaomixiaomi redmi note 12
Najib

Najib

POPULAR

Warna baru Matahari untuk Redmi Note 12 tiba dengan harga lebih murah

Warna baru Matahari untuk Redmi Note 12 tiba dengan harga lebih murah

9 August 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN