• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay henti tambah nilai percuma kad kredit, mula caj bayaran luar negara dalam MYR

  • OLEH Najib
  • 4:53 pm
  • 10/08/2023
  • Komen
BigPay henti tambah nilai percuma kad kredit, mula caj bayaran luar negara dalam MYR
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna BigPay selama ini menikmati caj 0% untuk tambah nilai RM1,000 pertama menggunakan kad kredit. Tetapi ia akan ditamatkan tidak lama lagi. BigPay hari ini telah menghantar notis kepada pengguna bahawa mereka akan membuat beberapa perubahan, antaranya pemberhentian caj 0% untuk tambah nilai kad kredit.

Dalam notis tersebut BigPay menyatakan, mulai 30 Ogos 2023 BigPay akan membuat perubahan untuk yuran beberapa perkhidmatan. Perubahan tersebut adalah:



1. Transaksi runcit di luar Malaysia tetapi dibayar dalam Ringgit Malaysia, akan dikenakan caj tambahan 0.5% selain tambahan caj oleh gerbang pembayaran. Terang BigPay lagi, biasanya jumlah caj ini sekitar 1.5%, tertakluk kepada perubahan. Caj dikenakan terhadap pembayaran menerusi kad BigPay fizikal dan kad maya.

Sehubungan itu, BigPay menggalakkan pengguna untuk membuat pembayaran di luar negara menggunakan mata wang tempatan.



Notis di dalam emel

2. Tambah nilai BigPay menggunakan kad kredit, akan dikenakan caj 1% untuk kad kredit Malaysia, serta 3% untuk kad kredit bukan Malaysia. Tidak mengira sebarang nilai.

BigPay menambah, pengguna boleh membuat tambah nilai percuma menggunakan pilihan lain, seperti pemindahan bank dan DuitNow.

BigPay dilancar pada tahun 2018, dengan pilihan membuat tambah nilai menggunakan kad kredit tanpa caj sehingga RM10,000. Tetapi sedikit demi sedikit, BigPay mengurangkan had ini sehingga kepada RM1,000. Selepas itu, BigPay memberi semula pilihan tambah nilai menggunakan kad kredit sehingga RM10,000 tetapi dengan caj 1%, tetapi tiada caj dikenakan untuk RM1,000 pertama. Mulai Mei 2023, BigPay juga telah mengenakan caj RM20 untuk mendapatkan kad fizikal.

BigPay baru-baru ini juga mengumumkan sokongan pembayaran menggunakan kod QR luar negara di Singapura, Indonesia dan Thailand. Sebelum itu, BigPay telah menyokong sistem DuitNow, membolehkan penghantaran wang menerusi DuitNow Transfer dan pembayaran DuitNow QR.

Bacaan Berkaitan

  • BigPay kini sokong pembayaran QR di Singapura, Thailand & Malaysia
  • BigPay kembali benarkan tambah nilai kad kredit hingga RM10 ribu, dengan caj sangat kecil
  • BigPay menyokong DuitNow QR dan DuitNow Transfer, hantar dan terima wang sekelip mata
Tags: bigpay
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
BigPay henti tambah nilai percuma kad kredit, mula caj bayaran luar negara dalam MYR

BigPay henti tambah nilai percuma kad kredit, mula caj bayaran luar negara dalam MYR

10 August 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN