• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mix Fold 3 akan tampil dengan 4 kamera Leica di pelancaran 14 Ogos

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 10/08/2023
  • Komen
Xiaomi Mix Fold 3 akan tampil dengan 4 kamera Leica di pelancaran 14 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas dan CEO Xiaomi, Lei Jun telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaru mereka, Xiaomi Mix Fold 3 tidak lama lagi. Pelancaran ini diadakan serentak dengan acara ucapan tahunan Lei Jun pada 14 Ogos 2023.

Menurut Lei Jun, Mix Fold 3 akan mengubah masa hadapan telefon lipat. Ia juga akan menetapkan standard baru untuk skrin boleh lipat.



When it comes to foldable phones, being slim and lightweight is not enough. What really matters is ensuring that the product features have no shortcomings. This is what will shape the future of foldable phones. Our new offering, #XiaomiMIXFold3, defines a new standard for… pic.twitter.com/SoKNtzio1g

— Lei Jun (@leijun) August 9, 2023

Lei Jun turut berkongsi sedikit gambar Mix Fold 3 yang akan dilancarkan. Terangnya, telefon pintar ini bukan sahaja nipis, tetapi memiliki reka bentuk yang elegan dan premium. Lei Jun menambah lagi dalam muat naik di Weibo, jurutera Xiaomi telah mengubah semula reka bentuk telefon Mix Fold 3. Ini mungkin merujuk kepada teknologi engsel yang sering menjadi tumpuan pengeluar telefon lipat.

Selain itu, Xiaomi mengekalkan kerjasama mereka dengan Leica dalam penghasilan Mix Fold 3. Telefon ini akan datang dengan empat kamera belakang dengan jenama Leica, dipercayai akan menggunakan kamera periskop untuk memberi zum telefoto yang lebih panjang. Mungkin mirip dengan kamera di Xiaomi 13 Ultra.



Tetapi perkara lebih penting, adakah Mix Fold 3 akan dijual di luar China? Ini kerana Mix Fold 2 yang dilancar tahun lepas, hanya terdapat di pasaran China sahaja. Memandangkan pelancaran ini dibuat di China, masih tidak diketahui tentangnya kesediaannya dijual di pasaran antarabangsa.

Kamera dalam tersembunyi

Selain pengumuman Lei Jun, terdapat juga maklumat terbocor bercerita tentang Mix Fold 3. Perkara menarik yang masih belum disebut Lei Jun adalah kamera di dalam yang terletak di belakang skrin, seperti yang terdapat di Galaxy Z Fold 4 dan Z Fold 5.

sumber

Selain itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa Mix Fold 3 akan datang dengan RAM sehingga 16GB dan storan mencecah 1TB. Ia juga akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, dilengkapi abteri 4,800mAh serta menyokong pengecasan pantas 67W dan pengecasan wayarles 50W.

[Sumber: Lei Jun, GizmoChina]

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13 Ultra berteknologi Leica diumum di China dengan empat kamera 50MP
  • Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancar dengan Google One Premium 2TB percuma, akan tiba ke Malaysia
  • Xiaomi 13 & Xiaomi 13 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Xiaomi 13 & Xiaomi 13 Pro: Semua perkara yang perlu anda tahu tentangnya
  • Xiaomi 13 Ultra: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: leicamix fold 3mobilexiaomixiaomi mix fold 3
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Mix Fold 3 akan tampil dengan 4 kamera Leica di pelancaran 14 Ogos

Xiaomi Mix Fold 3 akan tampil dengan 4 kamera Leica di pelancaran 14 Ogos

10 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER