• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi Postpaid 60 kini boleh pilih antara data 4G 80GB atau data 5G 50GB

  • OLEH Najib
  • 11:52 am
  • 11/08/2023
  • Komen
Digi Postpaid 60 kini boleh pilih antara data 4G 80GB atau data 5G 50GB
Share on FacebookShare on Twitter

Pakej 5G Rahmah yang baru diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, menyediakan data 5G sebanyak 60GB pada harga RM60/bulan. Jika anda rasa tidak mahu menunggu 31 Ogos atau mencari tawaran lain yang lebih berbaloi, Digi kini menawarkan pelan pascabayar dengan lebih data dan lebih bernilai tetapi dengan syarat, mendaftar kontrak.

Pelan Digi Postpaid 60 sebelum ini memberikan 30GB data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had ke semua talian pada harga RM60/bulan. Dalam promosi terbaru ini, Digi meningkatkan kuota data kepada 50GB tanpa sebarang caj tambahan.



Tetapi jika anda mendaftar kontrak untuk pelan Digi Postpaid 60, Digi memberikan “Freedom Add-Ons” secara percuma. Dengan kontrak 12-bulan, Digi menambah 10GB kuota data. Tetapi untuk kontrak 24-bulan, Digi memberikan 30GB kuota data. Bermakna, anda boleh menikmati 80GB data berkelajuan tinggi di rangkaian 4G.

Kalau kelajuan lebih pantas anda mahukan, Digi turut menawarkan pilihan 5G Booster (bernilai RM10/bulan) yang memberi akses kepada rangkaian 5G DNB (Digital Nasional Berhad) jika mendaftar kontrak 24-bulan. Atau, anda juga boleh memilih untuk menikmati data berkelajuan tinggi dan tanpa had untuk aplikasi sosial seperti TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook. Juga dengan kontrak 24-bulan.



Untuk pengguna yang mahukan pelan lebih murah atau pelan prabayar, Digi baru sahaja melancarkan pelan Prepaid Next 5G. Ia berharga RM48/bulan dan mmemberikan 45GB data 5G bersama data tanpa had untuk aplikasi sosial. Ia turut memberi panggilan tanpa had dan kuota hotspot 10GB.

Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati di laman web Digi Postpaid.

Bacaan Berkaitan

  • Digi lancar Prabayar Next 5G 48, boleh dapat sehingga 50GB kuota asas
  • Tiada Fiber dan Starlink mahal? CelcomDigi ada Home WiFi 5G tanpa had RM149/bulan
  • Pakej 5G RAHMAH tawar telefon serendah RM240 dan pelan telco RM60/bulan untuk semua
Tags: 5g malaysiadigi
Najib

Najib

POPULAR

Digi Postpaid 60 kini boleh pilih antara data 4G 80GB atau data 5G 50GB

Digi Postpaid 60 kini boleh pilih antara data 4G 80GB atau data 5G 50GB

11 August 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN