• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lokasi kedua Starlink kerajaan ditempatkan di Kampung Orang Asli, berhampiran Zoo Negara

  • OLEH Najib
  • 4:40 pm
  • 11/08/2023
  • Komen
Lokasi kedua Starlink kerajaan ditempatkan di Kampung Orang Asli, berhampiran Zoo Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah membeli 40 unit internet satelit Starlink selepas perbincangan dengan pemiliknya, Elon Musk. Starlink pertama telah ditempatkan di UiTM Kuala Pilah sebagai penyelesaian sementara internet untuk pelajar di kampus. Kini lokasi kedua pemasangan telah siap berhampiran Zoo Negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini telah berkongsi lokasi kedua pemasangan Starlink milik kerajaan iaitu Kampung Orang Asli Hulu Kemensah, yang terletak berhampiran Zoo Negara, sekaligus menjadikannya kampung orang asli pertama dilengkapi Starlink oleh kerajaan Malaysia.



Apabila saya turun ke sana pagi tadi, kualiti internet sedia ada sangat teruk. Hampir tiada. Sedangkan ada 135 penduduk yang tinggal di sana.

Matlamat saya masih sama, iaitu memastikan baki 3 peratus kawasan berpenduduk yang masih tiada internet, diberi keutamaan. pic.twitter.com/YkK6xRBluB

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) August 11, 2023

Fahmi menerangkan lagi, ketika turun ke sana, kualiti internet sedia ada sangat teruk, Hampir tiada sedangkan ada 135 penduduk tinggal di sana. Matlamat menteri masih sama, iaitu memastikan baki 3% kawasan berpenduduk yang masih tiada internet, diberi keutamaan. Fahmi juga telah meminta pihak SKMM untuk membuat kajian tambahan penyelesaian jangka panjang, termasuk pembinaan menara dan pemasangan gentian optik di sana.

Kampung Orang Asli Hulu Kemensah terletak di belakang Zoo Negara dan boleh dikunjungi menggunakan jalan raya. Menurut Google Maps, perkampungan tersebut terletak kira-kira 14 minit memandu atau 4.4km dari jalanraya MRR2. Ia bukanlah kawasan pedalaman yang terlalu jauh untuk sampai. Apatah lagi ia adalah kawasan kegemaran warga Lembah Klang untuk berehat hujung minggu dengan aktiviti seperti berbasikal, meredah hutan atau berkhemah tepi sungai.



Walaupun ia tidak jauh dari kawasan yang padat penduduk di Selangor, sambungan internet di perkampungan orang asli tersebut sangat teruk. Dalam peta JENDELA oleh SKMM, liputan talian mudah alih di situ berlubang-lubang, dengan sambungan asas disediakan oleh Celcom, Digi, Maxis dan Unifi Mobile.

Internet satelit oleh Starlink mula menyediakan perkhidmatan di Malaysia selepas pertemuan secara maya antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemilik Starlink, Elon Musk. Di Malaysia, Starlink menawarkan pelan Standard jalur lebar satelit berharga RM220/bulan. Kit permulaan pula dijual berasingan, berharga dari RM2,300 untuk kit Standard dan RM11,613 untuk kit Prestasi Tinggi. Caj penghantaran RM100 turut dikenakan semasa tempatan dibuat.

[Sumber: Fahmi Fadzil]

Bacaan Berkaitan

  • Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps
  • Starlink terima pengecualian khas kerajaan untuk masuki Malaysia, kenapa?
  • Fahmi Fadzil: Kerajaan pasang Starlink pertama di UiTM Kuala Pilah sebagai penyelesaian internet sementara
Tags: Fahmi FadzilStarlink
Najib

Najib

POPULAR

Lokasi kedua Starlink kerajaan ditempatkan di Kampung Orang Asli, berhampiran Zoo Negara

Lokasi kedua Starlink kerajaan ditempatkan di Kampung Orang Asli, berhampiran Zoo Negara

11 August 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN