• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark lancar jam pintar serendah RM99 di Malaysia: Black Shark S1, Black Shark GT & Black Shark GT Neo

  • OLEH Najib
  • 5:29 pm
  • 14/08/2023
  • Komen
Black Shark lancar jam pintar serendah RM99 di Malaysia: Black Shark S1, Black Shark GT & Black Shark GT Neo
Share on FacebookShare on Twitter

Black Shark adalah jenama yang popular dengan telefon pintar gaming. Tetapi tahun ini, mereka tidak melancarkan sebarang produk baru. Hari ini, Black Shark mengumumkan ketibaan koleksi jam pintar pertama mereka.

Terdapat tiga model jam pintar yang dilancar di Malaysia iaitu Black Shark GT, Black Shark GT Neo dan Black Shark S1. Malaysia juga adalah pasaran pertama jam pintar ini dijual, lebih awal daripada China mahupun negara lain.



Harga Jualan

Ketiga-tiga model jam pintar Black Shark ini telah mula dijual di Malaysia hari ini dengan harga seperti berikut:

  • Black Shark S1 – RM299
  • Black Shark GT – RM199
  • Black Shark GT Neo – RM149

Ia boleh dibeli di Stor Rasmi Black Shark di Shopee, atau dari pengedar sah Black Shark seperti:



  1. SS Solution
  2. Watch Empire
  3. JT Mobile
  4. OGNI Gadgets Hypermart
  5. K Connection Technology
  6. Redclick
  7. Great Cellular Network
  8. V Max Cellular Sdn Bhd
  9. KTS Cellular Malaysia
  10. TradeShoppe

Promosi pembeli terawal

Bagi menarik lebih ramai pembeli, Black Shark memberi diskaun sebanyak RM50 untuk membeli Black Shark GT Neo. Pada 17 & 18 Ogos 2023, Black Shark GT Neo dijual pada harga RM99 sahaja dan ia boleh didapati di Shopee.

Selain itu, Black Shark akan membuka reruai di AniMangaki 2023, pada 25-27 Ogos 2023 di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Di sana, pengunjung boleh melihat lebih dekat dan menguji sendiri jam pintar baru Black Shark. Di samping itu, Black Shark juga akan mengadakan pelbagai promosi, hadiah percuma dan jualan di sana.

Spesifikasi Black Shark S1

Model terbaik jam pintar Black Shark ini menampilkan skrin bulat AMOLED 1.43-inci. Ia memiliki fungsi panggilan Bluetooth dengan penyaring hingar (ENC). Hayat bateri pula sehingga 10 hari untuk kegunaan biasa, dan 20 hari daam mod Standby.

Antara ciri-ciri yang erdapat padanya ialah pengesan degupan jantung 24-jam, pemantau tahap oksigen dalam darah (SpO2), analisa waktu tidur dan penjejak haid.

Untuk aktviti kecergasan, ia memiliki lebih 100 mod sukan untuk dijejak. Selain itu, terdapat juga penjejak lokasi GPS terbina di dalam, menjadikan antara jam GPS termurah di Malaysia. Ia juga kalis air IP68, boleh digunakan tanpa risau peluh atau hujan. Terdapat dua warna pilihan disediakan, antara hitam dan perak.

Spesifikasi Black Shark GT

Walaupun lebih murah, jam pintar Black Shark GT memiliki skrin AMOLED lebih besar iaitu 1.78-inci berbentuk empat segi, dengan kepadatan piksel yang serupa. Ia juga datang dengan fungsi panggilan Bluetooth bersama ENC. Hayat bateri juga hampir serupa, sehingga 10 hari masa penggunaan.

Jam ini juga memiliki lebih 100 mod sukan, tetapi ia tiada GPS terbina di dalam. Bagaimanapun, penjejak GPS boleh digunakan bersama telefon pintar. Jam ini juga kalis air dan debu IP68. Pengguna boleh memilih warna antara hitam dan perak.

Spesifikasi Black Shark GT Neo

Jam pintar ini paling murah kerana ia menggunakan skrin LCD, tetapi paling besar iaitu 2.02-inci. Resolusi juga lebih rendah, 240×296 atau 189 PPI.

Menariknya, ia juga ada fungsi panggilan Bluetooth dengan ENC. Tetapi bateri lebih kecil, oleh digunakan sehinga 7 hari.

Terdapat lebih 100 mod sukan terbina di dalamnya, tetapi GPS memerlukan sambungan ke telefon pintar kerana tiada GPS terbina di dalam. Ada dua warna disediakan, antara hitam dan perak.

Bacaan Berkaitan

  • Amazfit Bip 5, jam tangan kecergasan termurah dengan speaker dan mikrofon
  • Amazfit Cheetah: Alternatif lebih mampu milik kepada variasi Pro tanpa kompromi besar
  • Jam Redmi Watch 3 Active hanya RM129 selama 3 hari, boleh buat panggilan dan kesan tahap oksigen
  • Redmi Watch 3 Malaysia: Jam tangan dengan speaker & mikrofon dilancar pada harga dari RM399
Tags: black sharkBlack Shark GTBlack Shark GT NeoBlack Shark S1Jam Pintar
Najib

Najib

POPULAR

Black Shark lancar jam pintar serendah RM99 di Malaysia: Black Shark S1, Black Shark GT & Black Shark GT Neo

Black Shark lancar jam pintar serendah RM99 di Malaysia: Black Shark S1, Black Shark GT & Black Shark GT Neo

14 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER