• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam Redmi Watch 3 Active hanya RM129 selama 3 hari, boleh buat panggilan dan kesan tahap oksigen

  • OLEH Najib
  • 6:12 pm
  • 05/07/2023
  • Komen
Jam Redmi Watch 3 Active hanya RM129 selama 3 hari, boleh buat panggilan dan kesan tahap oksigen
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan jam pintar mampu milik terbaru, Redmi Watch 3 Active. Ia adalah jam pintar yang sangat mampu milik dan akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Harga rasmi untuk jam Redmi Watch 3 Active telah ditetapkan pada RM179. Tetapi ia akan dijual lebih murah untuk pembeli terawal sempena jualan 7.7 nanti. Selama 3 hari dari 7-9 Julai 2023, Redmi Watch Active 3 akan dijual dengan diskaun RM50 iaitu RM129 sahaja.



Tawaran istimewa ini boleh didapati di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Ini menjadikannya jam pintar yang lebih murah dari kebanyakan jam pintar dan gelang kecergasan yang terdapat di Malaysia sekarang.

Spesifikasi Redmi Watch Active 3

Xiaomi mengenakan skrin petak yang besar pada Redmi Watch 3 Active, LCD seluas 1.83-inci, beresolusi 240×280 dengan kaca melengkung 2.5D. Kecerahannya setinggi 450 nits dan boleh diubahsuai mengikut keperluan.



Badannya disalut dengan lapisan NVCM untuk memberikan rupa metalik seakan besi, dengan dua tona warna untuk kelihatan lebih menarik. Terdapat lebih 200 muka jam boleh dipilih dan disesuaikan mengikut kegemaran pengguna.

Pengguna disediakan dengan lebih 100 mod sukan untuk pemantauan kecergasan, digandingkan bersama kekalisan air 5ATM untuk kegunaan berenang atau menyelam. Bagaimanapun, ia tiada GPS terbina di dalam untuk menjejak lokasi tanpa telefon. Antara sensor yang terdapat padanya ialah pengesan degupan jantung sepanjang hari, tahap oksigen dalam darah serta pemantauan waktu tidur.

Hayat bateri di Redmi Watch Active 3 agak panjang, boleh bertahan sehingga 12 hari untuk penggunaan biasa. Ia mengecas menggunakan pengecas magnetik yang melekat di belakang. Menariknya, pengguna boleh membuat panggilan dengan Redmi Watch Active 3 kerana ia memiliki mikrofon dan speaker terbina di dalam.

Terdapat dua warna ditawarkan untuk pasaran di Malaysia iaitu hitam dan kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi Watch Active 3.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi Watch 3 Malaysia: Jam tangan dengan speaker & mikrofon dilancar pada harga dari RM399
  • Redmi Watch 2 Lite, naik taraf bateri dan skrin dengan harga kekal murah
  • 5 Jam pintar terbaik bawah RM500 tahun 2023
  • 5 Fitness Band Terbaik Bawah RM250 tahun 2023
Tags: 7.7Redmi Watch 3 ActivexiaomiXiaomi Redmi Watch 3 Active
Najib

Najib

POPULAR

Jam Redmi Watch 3 Active hanya RM129 selama 3 hari, boleh buat panggilan dan kesan tahap oksigen

Jam Redmi Watch 3 Active hanya RM129 selama 3 hari, boleh buat panggilan dan kesan tahap oksigen

5 July 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN