• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

FLYsiswa: MOT umum mekanisme pemberian baucar RM300 untuk tiket penerbangan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:25 am
  • 16/08/2023
  • Komen
FLYsiswa: MOT umum mekanisme pemberian baucar RM300 untuk tiket penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pengnagkutan Malaysia telah mengumumkan perincian tentang inisiatif pemberian sibsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Juali 2023.

Inisiatif itu telah diberi nama FLYsiswa dan tetingkap permohonan telahpun dibuka untuk sesiapa yang berkelayakan menebusnya. Permohonan adalah secara dalam talian dan boleh dibuat di laman subsidiudara.mot.gov.my.



Buat pemohon yang layak, mereka akan menerima baucar tunai digital yang bernilai RM300. Baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air, dan MYAirline menerusi laman sesawang penyedia perkhidmatan masing-masing.

Seandainya harga tiket adalah lebih rendah berbanding nilai baucar, perbezaan harga akan disimpan sebagai kredit untuk digunakan sewaktu pembelian tiket yang seterusnya. Tidak mengira bilakah waktu terbang, tarikh akhir untuk menggunakan baucar FLYsiswa adalah 31 Disember 2023.



Berikut adalah terma dan syarat FLYsiswa:

  1. mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
  2. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
  3. berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  4. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  5. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  6. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  7. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  8. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  9. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  10. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Sumber: MOT

Bacaan berkaitan

Kerajaan pertimbang tawar nombor plet khas untuk EV

Kerajaan akan pinda Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) untuk banteras ketakadilan industri p-hailing dan e-hailing

APAD lanjut had usia teksi & e-hailing kepada 15 tahun bagi permantap sistem pengangkutan Malaysia

Tags: flysiswaMOT
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

FLYsiswa: MOT umum mekanisme pemberian baucar RM300 untuk tiket penerbangan

FLYsiswa: MOT umum mekanisme pemberian baucar RM300 untuk tiket penerbangan

16 August 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN