• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Pengedar Neta V nafi turunkan harga, perubahan hanya berlaku seawal September 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:10 am
  • 16/08/2023
  • Komen
Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?
Share on FacebookShare on Twitter

Pengedar ekslusif Neta V telah menafikan terdapat berlakunya penyelarasan harga Neta V seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Melalui satu utusan Facebook, pihak mereka mengatakan yang harga baharu Neta V hanya akan diketahui dalam bulan September 2023 nanti. Makanya, harga baharu yang masih belum diumumkan ini mungkin boleh lebih tinggi ataupun lebih rendah berbanding yang dilihat di salah satu pameran Neta V di Johor Bahru.

Sumber

Neta V adalah EV yang didedahkan kepada umum sewaktu Malaysia Autoshow 2023. Sewaktu dilancarkan dulu, tanda harga jualannya adalah RM99,800 dan rebat RM10,000 diberikan kepada 100 pembeli terawal lantas jadikan harganya adalah RM89,900 dan menjadi EV termurah di Malaysia pada ketika itu.



Dalam utusan Facebook yang sama, Intro Synergy turut menyatkaan yang pihak mereka akan mematuhi segala dasar yang telah ditetapkan. Ia mungkin merujuk kepada polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) tentang harga EV import sepenuhnya yang tidak boleh dijual pada harga melebihi RM100,000.

Pihak pengedar turut berkongsikan yang harga baharu akan disertakan dengan penawaran pakej yang menarik kepada semua pelanggan. Ia mungkin merujuk kepada kit badan baharu yang buatkan kenderaan ini nampak lebih sporty seperti gambar yang diutuskan oleh laman Facebook Neta Auto Malaysia.



Tags: automotifEVnetaneta v
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?

Pengedar Neta V nafi turunkan harga, perubahan hanya berlaku seawal September 2023

16 August 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN