• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Music lancar Samples, satu lagi format video pendek macam TikTok

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:38 pm
  • 16/08/2023
  • Komen
YouTube Music lancar Samples, satu lagi format video pendek macam TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Format video pendek yang dipopularkan oleh TikTok dilihat semakin diadaptasi oleh kebanyakan platform, dan YouTube adalah salah satu daripadanya dengan memperkenalkan Shorts. Namun, terbaru ini, YouTube memperkenalkan sekali lagi ciri video pendek, tetapi kali ini di YouTube Music yang dipanggil Samples.

Samples bukanlah Shorts, Reels atau TikTok. Samples merupakan suapan segmen video pendek yang membawa pengguna kepada muzik kegemaran baharu. Ia boleh diakses dalam satu tab baharu di dalam aplikasi YouTube Music, yang bersebelahan dengan tab ‘Home’. Antaramuka Samples berfungsi lebih kurang sama seperti TikTok, yang memaparkan video berformat menegak. Cuma yang berbeza adalah kandungan Samples terdiri daripada coretan kecil muzik video.



Suapan Samples mempunyai kandungan muzik yang diperibadikan. Apabila dibuka, ia akan memberikan pelbagai jenis muzik yang mungkin pengguna minati. Jika menjumpai sesuatu yang disukai, pengguna boleh menambah lagu yang ke dalam senarai koleksi, menonton video penuh, melihat halaman album serta boleh menggunakan lagu untuk menghasilkan video Short YouTube.

Samples boleh dilihat sebagai tempat untuk pengguna menemui lagu, berkongsi dan berinteraksi dengan muzik. Ini sememangnya sesuatu perkara yang TikTok telah merevolusikan, terutamanya dari segi penemuan lagu. Kita dapat lihat terdapat pelbagai lagu yang telah dipopularkan oleh TikTok, dan juga terdapat koleksi lagu TikTok.



Sementara itu, YouTube mengatakan Samples menawarkan cara baru untuk artis mencari pendengar baharu dan membina komuniti di YouTube. Ciri Samples telah mula dikeluarkan bermula sekarang kepada semua pengguna YouTube Music di seluruh dunia secara berperingkat.

[Sumber: The Verge]

Bacaan berkaitan

  • YouTube tiru TikTok dan Instagram, sekat pautan dalam Shorts untuk elak spam dan scammer
  • YouTube mahu halang penggunaan ad blocker tetapi masih ada kelonggaran
  • Lebih mudah jana pendapatan dengan peraturan baru YouTube
Tags: samplesYouTubeYouTube Music
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

YouTube Music lancar Samples, satu lagi format video pendek macam TikTok

YouTube Music lancar Samples, satu lagi format video pendek macam TikTok

16 August 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN