• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ADUN Pelangai merangkap Exco Pahang, antara mangsa dalam pesawat terhempas di Elmina

  • OLEH Najib
  • 8:36 pm
  • 17/08/2023
  • Komen
ADUN Pelangai merangkap Exco Pahang, antara mangsa dalam pesawat terhempas di Elmina
Share on FacebookShare on Twitter

Pesawat peribadi yang terhempas di Elmina, Shah Alam dilaporkan telah mengorbankan 10 orang warga tempatan. Salah seorang daripada mangsa dimaklumkan adalah ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai dari Pahang, Dato’ Sri Johari Harun. Dia menaiki pesawat bersama lima orang penumpang dan dua kakitangan pesawat.

Nama beliau disahkan oleh speaker DUN Pahang, Dato’ Sri Sharkar Shamsudin menerusi kenyataan di Facebook. Selain itu, perkara ini turut disahkan di media sosial oleh Ahli Parlimen Bentong, Yong Syefura serta Pengarah Komunikasi UMNO, Dato’ Lokman Adam.



Johari Harun telah menjadi ADUN Pelangai apabila memenangi kerusi tersebut dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas, dengan majoriti selesa melebihi 4,000 undi. Dia juga telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pahang, memegang portfolio Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Pesawat yang terhempas telah dikenalpasti sebagai model Beechcraft Premier 1, dengan nombor pendaftaran N28JV merupakan pesawat yang diuruskan oleh syarikat Jet Valet. Ia memulakan penerbangan petang tadi pukul 2.08 petang dari Pulau Langkawi, menuju ke Subang. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan media menyebut, pesawat tersebut telah diberi kebenaran mendarat oleh Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.48 petang.



Bagaimanapun, pesawat itu tidak mendarat di lapangan terbang Subang kerana terhempas di Elmina tidak lama selepas kebenaran diberikan. Selain 6 orang penumpang dan 2 orang kakitangan dalam pesawat, media turut melaporkan seorang penunggang motorsikal dan seorang pemandu kereta maut akibat pesawat terhempas di jalanraya.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Pesawat terhempas berhampiran Jambatan Pelangi Elmina adalah Beechcraft Premier 1
  • Kenapa kereta bomba berwarna kuning ada di lokasi pesawat terhempas?
  • Rakaman detik-detik akhir pesawat terhempas di Elmina
Tags: adun pahangelminaJohari HarunPesawat Terhempas Elmina
Najib

Najib

POPULAR

ADUN Pelangai merangkap Exco Pahang, antara mangsa dalam pesawat terhempas di Elmina

ADUN Pelangai merangkap Exco Pahang, antara mangsa dalam pesawat terhempas di Elmina

17 August 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN