• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 5 Pro edisi terhad Merdeka akan datang, peluang menang hadiah RM10 juta dalam #HONORMerdeka2023

  • OLEH Najib
  • 10:17 pm
  • 21/08/2023
  • Komen
Honor Magic 5 Pro edisi terhad Merdeka akan datang, peluang menang hadiah RM10 juta dalam #HONORMerdeka2023
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu telefon pintar yang memiliki kamera terbaik adalah Honor Magic 5 Pro. Ia dilancarkan di Malaysia pada bulan April lepas, menampilkan tiga kamera 50MP di belakang.

Tidak lama lagi, Honor Malaysia akan membawakan satu warna baharu untuk menyertai warna sedia untuk Honor Magic 5 Pro. Lebih menarik lagi, ia dikenali sebagai Edisi Terhad Merdeka, dalam warna Ungu Karang (Coral Purple). Peminat boleh mendapatkannya mulai 25 Ogos 2023.



Honor Magic 5 Pro Ungu Karang (RAM 12GB + Storan 512GB) dijual pada harga RM3,999 di Stor Online Honor Malaysia.

Promosi Merdeka Honor

Sempena bulan kebangsaan dan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Honor mahu meraikannya bersama semua pemiant menerusi Promosi Merdeka Honor. Pelbagai hadiah menarik disediakan, bernilai RM10 juta menanti peminat di selurun negara. Tawaran ini akan berjalan dari 25 Ogos sehingga 17 September 2023.



Antara promosi yang diadakan adalah cabutan bertuah #HONORMerdeka2023. Hanya beli mana-mana telefon pintar atau tablet Honor, kemudian ikuti Facebook Honor Malaysia. Selepas itu, muat naik gambar peranti Honor baru anda ke media sosial dan letak tandapagar #HONORMerdeka2023.

Hadiah yang menanti pemenang bertuah adalah seperti telefon pintar Honor Magic 5, mesin kopi Nescafe dan set-kepala Bluetooth. Seramai 39 pemenang akan dipilih setiap 6 hari di Facebook Honor Malaysia. Jadi jangan terlepas peluang keemasan ini.

Spesifikasi Honor Magic 5 Pro

Telefon terhebat ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X sebanyak 12GB dan storan UFS 4.0 seluas 512GB. Di depan, ia ada paparan OLED LTPO 6.81-inci melengkung, beresolusi 1312 x 2848 (QHD+) dengan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Gandingan tri kamera 50MP terdapat di belakang telefon ini. Ia adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 50MP dengan keupayaan zum sehingga 100x. Lubang di sudut atas skrin pula memuatkan kamera hadapan 12MP bersama kamera kedalaman 3D.

Tenaga telefon ini disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,100mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperCharge 66W USB-C dan Wireless SuperCharge 50W. Selain itu, telefon ini kalis air dan debu IP68. Sistem bunyi stereo dengan sokongan teknologi DTS:X Ultra turut disertakan.

Sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 digunakan di dalam Honor Magic 5 Pro. Honor turut menjamin untuk memberi 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan.

Warna ungu menyertai dua lagi warna sedia ada untuk Honor Magic 5 Pro iaitu hijau dan hitam. Saksikan ulasan kami mengenai telefon ini dalam video di bawah:

Bacaan Berkaitan

  • Honor Magic 5 & Magic 5 Pro: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Lepas 1 bulan guna HONOR Magic5 Pro, ini kelebihannya berbanding yang lain
  • 5 perkara yang buatkan HONOR 90 terbaik dalam kelasnya
  • Honor 90 5G: Miliki cip Snapdragon 7 Gen 1 paling laju dan kamera 200MP
Tags: honorhonor magic 5 promobile
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Honor Magic 5 Pro edisi terhad Merdeka akan datang, peluang menang hadiah RM10 juta dalam #HONORMerdeka2023

Honor Magic 5 Pro edisi terhad Merdeka akan datang, peluang menang hadiah RM10 juta dalam #HONORMerdeka2023

21 August 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN