• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Play Pass Malaysia: Apakah ia dan berapa yuran langganannya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:04 pm
  • 23/08/2023
  • Komen
Google Play Pass Malaysia: Apakah ia dan berapa yuran langganannya?
Share on FacebookShare on Twitter

Google Play Pass kini tersedia untuk pengguna Android di Malaysia. Ia adalah servis langganan bulanan yang menyediakan akses bebas iklan dan premium kepada puluhan permainan serta aplikasi. Anda boleh lihatnya mirip Apple Arcade cuma bezanya adalah aplikasi di Apple Acrade tidak ada untuk pengguna biasa sebaliknya aplikasi dalam katalog Play Pass ada untuk bukan pelanggan tetapi beriklan.

Berapakah yuran langganan dan bagaimana untuk mula melanggan

Google Play Pass boleh dilanggan pada harga RM10.99 ataupun RM99.00. Ia lebih murah berbanding Play Pass di A.S yang berharga USD4.99 (~RM23.22) dan juga lebih murah berbanding Apple Arcade di Malaysia yang buat masa ini berharga RM19.90.



Pengguna baharu Google Play Pass boleh mencuba servis ini secara percuma untuk sebulan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Yuran langganan akan dikenakan ke atas saluran pembayaran yang telah anda tetapkan untuk Google Play Store anda.

Untuk aktifkan Play Pass anda boleh pergi ke Play Store, tekan gambar profil anda dan cari pilihan “Play Pass” daripada Menu.



Apa manfaat yang anda dapat?

Google Play Pass menyediakan akses kepada katalog aplikasi dan permainan berbayar secara percuma dan tanpa iklan. Anda juga boleh kongsikan langganan Play Pass dengan 5 ahli keluarga lain seperti yang anda boleh lakukan pada YouTube Premium Family. Selain permainan, aplikasi berkaitan audio, produktiviti, dan video juga ditawarkan.

Contohnya, permainan Terraria berharga RM20.99 jika ingin dibeli tapi boleh dimuat turun secara percuma melalui langganan Play Pass. Apabila bermain, semua ciri-ciri premium telah dinyah kunci dan tiada sbearang iklan akan dihidangkan kepada pengguna.

Aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Play Pass akan ditandakan dengan lencana servis itu.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Googlegoogle play pass
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023
Google Play Pass Malaysia: Apakah ia dan berapa yuran langganannya?

Google Play Pass Malaysia: Apakah ia dan berapa yuran langganannya?

23 Ogos 2023
Berbaloi ke beli Realme 11 Pro berbanding Realme 11 5G? Ini jawapannya

Berbaloi ke beli Realme 11 Pro berbanding Realme 11 5G? Ini jawapannya

25 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER